Sunday, August 17, 2008

Nisfu Sya'aban

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dengan buku catatan yang baru.

Tu lah secara ringkasnya maksud nisfu sya'aban.so jatuh pada hari ni lah.aku semlm bkn main lagi lah duk bersahur kat kedai Adik Sarah dgn niat nak pose tapi malang seribu kali malang subuh pun aku terkantoi....rugi wooo coz belum tentu lagi tahun depan kita sempat sambut nisfu sya'aban ni.Masa aku masih kanak2 rebina dulu selalu lah g masjid coz time ni org kg sume duk bawak kuih2 kat masjid tapi sekarang aku rasa dah tiada kot.tapi entah lah aku pun x tau sgt dah pasal kg aku ni coz dah lama x balik dan kalau balik pun lum tentu lagi masa nisfu sya'aban.
(Boleh ker aku berdoa mcm ni ek????)

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,



Pic kat atas ni bkn awek aku ye hehhe sepupu aku yg duk kat syiria sekarang ni....4 tahun lagi baru balik malaysia.kalau x silap aku lah dia amik usuluddin kot.aku pun dah lupa hehehe selalu gak aku ym dgn dia.mutiara kata kat bawah ni dia bg kat aku,dia bg kalau ym aku offline lah kalau on9 kami sembg pasal lain lah plak.tapi ni lah antara mutiara kata yg aku simpan....sekarang aku kongsi lah dgn korang ye................

achik Humaira (24/03/2008 15:49:22): Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan,
tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya, begitu jugalah dengan kehidupan
manusia: riang ketawa tapi
hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya. Andai kau rasa kecewa, lihatlah ke sungai, airnya masih mengalih biarpun
berjuta batu menghalang. Andai kau rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Andai kau gembira, sujudlah ke bumi tempatmu berpijak sebagai tanda syukurmu kepadaNya. (",)

achik Humaira (12/04/2008 17:18:24): iman dimasyqi (11/04/2008 01:07:24 Õ):
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda: " besegeralah kamu beramal
sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap.
Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi
kafir, atau (syak perawi hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang,
kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan
sedikit dari mata benda dunia.
H.R.Muslim Temanku,bumi kita bumi payah..peluh, air mata dan mungkin darah..
bila aku menjejak tapak ke pepasir serpihan kaca,peganglah tanganku...
kita beriringan sebagai pejuang, bila ku katakan padamu 'perjuangan itu pahit!'
kau katakanlah padaku 'syurga itu manis..' bersama2 kita teruskan perjuangan.

Aku dapat yg ni plak kat email aku,aku pun dah lupa sapa yg duk hantar tapi thanks a lot coz kadang2 fwd email mcm ni bagus gak.kita ni memang jarang nak ke surau @ masjid nak dgr2 kuliah agama tapi bila kita dapat email2 mcm ni boleh muhasabah diri...




KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan
Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk
jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari
saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
1. Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
2. Anda tidak perlu bawa pingat.
3. Anda tidak perlu bawa wang atau harta
(yg banyak).
4. Anda tidak perlu berparas rupa yg
cantik, hensem atau berbadan tegap
atau seksi.
5. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang
berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan
menjemput anda pada bila-bila masa saja
(mungkin sekejap lagi).

Ia akan berlembut kepada orang-orang
tertentu dan akan bengis kepada
orang-orang tertentu. Ia diberi nama
Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA
TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh
Ahmad Hanbal, yang bermaksud
begini:

Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya
apabila jenazah seseorang itu
diletakkan di dalam kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu mendengar
suara terompah kasut) orang- orang
yang menghantarnya ke kubur pada
saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim,
maka solat yang dilakukannya ketika
beliau masih hidup di dunia akan
diletakkan di kepalanya, puasanya
diletakkan di sebelah kanannya,
zakatnya diletakkan di sebelah kirinya
dan amalan kebajikan daripada
sedekah, silaturrahim, perkara
kebajikan dan ihsan diletakkan di
hujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras
kepala, maka solat itu berkata
kepada malaikat: dari arasku tidak ada
jalan masuk. Kemudian
malaikat berpindah ke sebelah kanan,
maka puasa berkata kepadanya:
dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke
sebelah kiri, maka zakat berkata
kepadanya: dari arasku tidak ada
jalan masuk. Kemudian di datangi dari
arah kedua hujung kakinya dan
berkatalah amal-kebajikan: di
bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka
malaikat berkata kepadanya: Duduklah
kamu. Kepadanya (mayat)
memperlihatkan matahari yang sudah
mula terbenam, lalu malaikat
bertanya kepada mayat itu:

Apakah pandangan kamu tentang seorang
laki-laki (Muhammad) yang kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya;
dan bagaimana penyaksian kamu
kepadanya? Maka berkata mayat itu:
Tinggalkan aku sebentar, aku
hendak sembahyang. Maka berkata
malaikat: Sesungguhnya engkau akan
mengerjakan solat (boleh saja solat)
tetapi jawab dahulu apa yang
kami tanya ini. Apakah pandangan kamu
tentang seorang laki-laki
Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa
bercakap tentangnya; dan
bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Laki-
laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan
aku naik saksi bahawa nabi
Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah
yang membawa kebenaran daripada
Allah Subhanahu Wata'ala. Maka
malaikat berkata kepada mayat itu:
Demikianlah




Lagu rindu nyanyian kumpulan Hijjaz ni aku suka,coz perasaan rindu tu bkan terbatas pada manusia je tapi pada apa saje termasuk lah rindu kita terhadap Allah Taala...aku nak masuk dalam playlist lagu ni pun x pandai hehehe nnt aku belajar cara nak tambah lagu k.ni lirik yg aku amik dalam laman web hijjaz....


RINDU

Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan


So sampai sini dulu lah ye,selamat beramal hehhee

adios

4 comments:

eqbalzack said...

kenapa bila bace entry kat blog khay...abg eq rasa panasssszzzzzzzzzz je...ahak!

Tinta dari Lembah Kinta said...

Salam Khay. Kena tukar profession nih dari abg kapal ke ustaz lak. (ada gaya terutama lepas tgk pic berkopiah tuh)

~~ casper~~ said...

nice one....membuat su termenung n muhasabah diri gak....tima kasih.... :)

bina badan said...

nak jadi macho, tegap dan tough??
dapatkan panduan bina otot badan untuk lelaki disini...