Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Assalamualaikum.....

Salam penuh barakah utk sume yg singgah...Esok hari rabu 10 July 2013 bersamaa 1 Ramdhan 1434 H akan bermulalah puasa bagi seluruh umat manusia di bumi Allah ni.Kedatangan ramadhan yg di nanti oleh seluruh umat kerana segala keberkatan yg ada dlm bln yg mulia ni yg mana Allah Taala hadiahkan khas utk umat Nabi Muhammad SWT.

Nampaknya aku berpuasa kat kapal lagi lah utk tahun ni jd kalu di hitung di tolak di tambah di bahagi kali darab campur etc etc etc 3 tahun berturut2 aku pose kat kapal. Alhamdulillah sejak aku belayar kapal x pernh lg lah nk miss puasa...cuma yg aku miss mesti nikmat solat terawih...mmg hati meruap2 nak g surau solat terawih tp apakan daya aku cuma pekerja kapal yg x surau mahu masjid. Walaupun terawih tu oleh di buat sorg2 tapi nikmat berjemah tu mmg lain. 

 Puasa pun bkn takat mkn minum je yg kita x leh wat...mata hati mulut telinga mmg sama2 kene puasa.yg tu ramai x dapat nak buat termasuk lah aku ni..insan yg bergelar manusia akhir zaman...tp tu bukan alasan utk kita tidak berusaha utk jd yg terbaik, sbb selagi kita berusaha nk wat baik insyaallah ada lah ganjaran utk kita nnt ..aminnnn
So, kepada sume yg singgah. sama2 lah kita jadikan ramadhan kali ni yg terbik yg terhebat untuk meningkatkan amal dan taqwa kita...semoga di bln yg penuh barakah ni segala dosa sgala silap salah kita di ampunkan.

Akhir kata, Ahlan wasahlan Ya Ramadhan

Adios...wassalam

Wednesday, July 18, 2012

Selamat Berpuasa 2012


Assalamualaikum.....

Belum pun masuk bulan pose tp aku advancedkan ucapan dlm ni sbb mana tau kapal duk kat laut nnt dah x leh nak wat post pasal pose ni hehe...Insyaallah kalu di takdirkan umur kita panjang maka dapatlah kita sambut Ramadhan sekali lg pada tahun ni...Ramadhan bulan mulia bln penuh barakah.

Sama macam tahun lepas jugak aku berpuasa di atas kapal dan kalau x rezeki raya pun kat kapal gak.cuma tahun lepas aku dapat lah rasa pose 4 hari kat darat tp kali ni mmg sepanjg pose lah aku duk kat kapal ni.

 Kalau nak pose kene lah tahu niat kan??so aku cedok je lah niat pose ni dlm google.... sejak aku start pose , mmg niat sebln terus sbb takut lupa...tp ada gak yg cakap niat tu dr hati bkn lafaz so bila kita bangkit nak sahur tu mmg sah2 lah niat kita nak pose esok hari kan?tp aku x sure lah benda ni..nnt leh tanya yg lebih arif :)

Tp lebih baik lah kita tau lafaz serta niatnya sekali sbb x rugi pun belajar agama ni...mana tau esok2 ada anak duk tanya lafaz pose mcm mana ayah?x kan nak jawab ayah pakai niat dlm hati je.....sedeyyyy hehe


 Dan dalam bln pose ni gak mmg kita di suruh cakap... beramal benda yg baik2 je..soooo berhati2 lah pe yg kita nak post dlm muka buku tu...nak komen ke sbb takut sia2 je pose kita.

Tapi ye lah kan kita ni manusia ...yg kita duk wat selama 11 bln nak tggal sebln tu mmg susah..tp x mustahil kalu niat kita tu nak berubah.(mmg khas utk diri aku ni) 


Kerja yg akan menanti di bln pose ni ialah TOWING.dgr2 khabar kapal aku akan towing rig yg aku jaga ni dr miri ke sandakan tp 2 mggu wat maintenance di labuan.so mmg hari raya di sandakan lah jawabnya....nak wat mcm mana kan ni lah keje yg aku wat selagi terikat dgn kontrak selagi tu lah folow the leader.

Ok lah kepada yg singgah baca,slamat berpose dan beramal jariah sepanjg bln pose ni...TINGKATKAN AMAL SEMOGA PUASA KITA DI TERIMA OLEHNYA..AMINNN

Adios....wassalam

Thursday, May 5, 2011

Because i am a muslim

Assalamualaiakum.....

Lama aku x wat tazkirah kiranya di hari khamis mlm jumaat di bumi brunei ni aku wat lah 1 tazkirah....aku just copy n paste je ni...aku dah lupa kat mana aku jumpa coretan ni tapi x pe lah yg penting pengisian n mesej dlm dialog ni penting...


One day, a teacher was explaining to her 4th grade class that she is an
atheist (an unbeliever of God). She ask if anyone of her students are
atheist too. Her students, wanting to be like their teacher, raised their
hands. One girl named Khadijah did not raise her hand.

Teacher : Khadijah, why didn't you raise your hand?
Khadijah : Because I am not an atheist.
Teacher : Then what are you?
Khadijah : I am a Muslim and I believe in Allah, The Most High

The teacher's face has become a shady purple. She asks why Khadijah is a
Muslim.

Khadijah : I was brought up knowing Allah and His Prophets, from Adam to
Muhammmad. I also know of the Ansars and Muhajirs and their struggles to
overcome many trials. My faith is one that teachs me self-control and
modesty. I have the Quran and Hadith. Besides, my dad is a muslim, my mom is
a muslim, so I am a Muslim

The teacher was then frustrated and angry.

Teacher : Aha! That's no reason. What if your dad was an idiot and your mom
was a moron, what would you be then?

Khadijah looked into her teacher's eyes, smiled and said,

"Then I would have been an atheist"


ulasan dari aku....mampukah kita menjawab sebagai mana khadijah ni menjawab???tepuk dada tanya lah iman


" Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai tertarik padanya. Tetapi, hakikat perjuangan bukan begitu. Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terluka, ingatlah janjiNya"...Siiru Ala Barokatillah.


Kata2 ni sepupu aku mu'minah yg bg...ulasan dr aku plak, amat sukar utk kita berjuang sebenaranya,krn berjuang utk betulkan diri sendiri memerlukan jiwa yg maha kental....namun tidak ada perkataan yg mustahil dlm hidup ini.....berjuanglah dan yakin akan janjiNya..


Wasaalam...adios

Monday, April 25, 2011

Buku Aku Terima Nikahnya


Assalamualaikum.....

Lama aku x buka blog ni, masa yg ada amat terhad utk tulis pe yg terjadi dlm beberapa bulan ni...tapi hari ni aku curi masa utk tulis blog pasal buku yg aku baru khatam semlm...buku ni aku amik masa 2 mggu utk habiskan sbb masa yg ada masa duk atas kapal ni amat terhad berbanding dgn kapal2 yg pernh aku naik.

Kalau tgk pada cover ni mmg lah mcm khas utk yg nak kawen je tapi x salah kalau go thru sikit isi kandungan dlm buku ni pastu dicide lah nak bli ke x nak beli...aku beli yg tajuknya "Aku Terima Nikahnya" dlm 2 tahun lepas kot tapi x pernh nak baca habis...pastu baru2 ni masa lepak2 kat dlm kedai buku popular aku baca yg ke 3 iaitu kesinambungan dr yg pertama Aku Terima Nikahnya....sbb dah ada yg pertama so aku nak beli yg ke 2 n yg ke 3 je lah tapi sumenya dah sold out!!!

Frust sgt2 lah sbb bila aku tanya adik aku dia ckp kat kedai dia pun buku tu mmg dah lama sold out....sampailah sehari b4 aku naik kapal aku tgk kompilasi 3 dlm 1 ni...aku beli lah walaupun harganya rm55 ...mula2 tu aku pk lah mak aiii mahalnya buku tp bila aku tgk kat tangan aku masa tu dah 2 helai baju aku sebat tanpa rasa bersalah apsal bila time ilmu kita baru nak berkira kan???

1stly aku mintak maaflah kalau abu or ummu saif or sedara mara dia marah aku amik pic ni,aku just search dlm google je...ni lah ustaz hasrizal n wife dia ..masing2 ada blog sendiri kalau rajin cari lah blog masing2 sbb aku lom link kan lg aku punya blog dgn diaorg ni...

Bagi aku kepada sesiapa yg nak berkahwin,dlm proses nak bercinta,nak bertunang mahupun bertunang,ataupun saje utk tambh ilmu di dada amik lah masa dan hayati maksud yg hendak ustaz ni sampaikan...terlampau banyak ilmu yg ada dlm buku ni yg aku rasa sukar yg mana satu yg patut aku petik sebagai panduan,tapi ayat yg ni aku suka

"JIKA KITA MAHU YG PALING SEMPURNA,MAKA NANTI APABILA KITA BUAT KEPUTUSAN UTK MENERIMA SESEORG ITU,KITA MENGANGGAPNYA SEBAGAI SEMPURNA.JIKA RUMAH TANGGA DI BINA ATAS DASAR FIKIRAN SEPERTI ITU,KITA TIDAK EXPECT SEBARANG KEKURANGAN.MAKA SELEPAS BERUMAHTANGGA,HANYA KEKURANGAN ISTERI SAHAJALAH YG SERING TERLIHAT DI MATA."

Dia hanya menceritakan kisah hidup dia sejak mula2 kenal isteri sampailah sudah ada 4 anak so amik lah pengajaran dr kisah hidup dia.aku sekarang cuma dlm proses belajar kerana dlm hidup kita mesti berilmu sebelum kita beramal :)

ok lah selamat beramal ...adios

Friday, January 7, 2011

Neraka

Assalamualaikum.....


Salam jumaat utk minggu pertama tahun 2011.Ada banyak benda aku nak cite dlm blog aku ni tapi aku amik kesemptan ni wat tazkirah jumaat...mana lah tahu sapa2 yg duk baca blg aku ni tetiba dapat ilmu dan manfaatkan ilmu tu so secara x sengaja dapat gak aku pahala ...tol dok???


Aku copy ni dr member aku nye hard disc ...kita kdg2 perlu di ingatkan walaupun dah berkali2 kita dgr benda yg sama..macm org tua membebel lah..dlm hati akan kata.."benda ni lagi dia duk membebel..tak de benda lain ker???"....tp cuba pk kalau dia tegur sekali pastu kita wat elok ..mana ada dia nak membebel lg coz kita dah tau dan kita wat...maslahnya kita dah tau salah tapi kita tetap nak wat..tu yg org tua membebl benda yg sama..biar terus masuk dlm kepala hotak kita ni ....


Aku plak yg membebel...so bacalah semoga pe yg aku tulis ni akan mgingati anda serta diri aku sendiri....



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang
dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa
aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang
mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,
dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman
daripadanya.


"Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan
hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar
penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau
dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara
langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan
basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan
dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair
sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan
hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar
orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu
sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur
nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu,
tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan
perempuan
."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan
pintu-pinturumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:
"Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang
kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta
keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama
Ladha,pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah."
"Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang
sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan
ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi
s. a.w.di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw
bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat
sedihku,apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?"


Jawabnya:"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi
s. a. w.menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a. w. masuk ke dalam
rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak
berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta
kepada Allah.
(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat
menimbulkan keinsafan kepada kita semua.



Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 :

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah
S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat".

Segala ilustrasi ni aku amik dlm google jd pic2 yg aku attched ni bukan lah dr karya asal...
So,selamat berfikir sejenak krn kita belum tentu akan selamat dari semua azab ni ...amik bait2 lagu raihan "sesungguhnya aku tidak layak ke syurgamu namun tidak pula sanggup ke neraka mu"
Wassalam.....adios

Friday, December 31, 2010

Keistimewaan Wanita

Assalamualaikum....
Selamat akhir tahun wat kawan2 aku sume hehhee...kalau korang bukan kawan aku pun tp search google jupe blog aku pun aku nak ucapkan selamat akhir tahun gak...Aku ucap selamat tahun baru bila aku wat n3 tahun depan ye :)
Kebetulan akhir tahun pada tahun ni jatuh hari jumaat,penghlu segala hari maka aku x mau lah membuang hari yg mulia ni dgn cerita aku yg ntah pe2 ntah tu...so aku kongsikan bersama sedikit ilmu yg aku ceduk dr hard disc aku...tazkirah jumaat ni aku khaskan utk wanita.sbb apa wanita????ntahlah sbb artickle ni syok so aku kongsi lah....
Segala yg di tulis ini aku x edit sikit pun so andai kata salah maka aku mintak maaf bebayk dulu bg pihak penulis yg original.....selamat membaca



Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi
seorang
yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat
untuk menopang dunia;
namun,
harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk
mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali datang dari
anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya
tetap tegar ketika orang-
orang
lain menyerah, dan mengasuh keluarganya
dengan penderitaan dan
kelelahan
tanpa mengeluh."


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap
keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat
menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya
dan
melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk
melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk
mengetahui bahwa seorang suami
yang baik
takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya
dan
ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu."


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah
khusus
miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari
pakaian yang dikenakannya,
susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan
seorang
wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah
pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada."




sabda rasulullah SAW
"manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam
bukan daripada kepala untuk menjadikan atasnya,
bukan daripada kaki untuk menjadi alasnya,
melainkan daripada sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat dengan lengan untuk dilindungi,
dekat dengan hati untuk dicintai."
Hargailah setiap wanita di sisi anda krn belm tentu wanita yg anda cari akan di temui dan teramat malang jika yg anda lepas adalah yg terbaik buat anda.
Wassalam...adios

Friday, December 17, 2010

10 hadiah

Assalamulaikum....
Aku just copy and paste je segala ayat2 yg di guna pakai dalam artikel kat bawah nie.So harap maklum ye hehhee
Sempena 10 Muharam aku post tazkirah yg bukan cite 10 muharam tp masih lg berkisar tentang agam dan kita...enjoy the article and video clip as well....

"Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua."

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.


You're the simplest love i've known
and the purest one i'll own



Wassalam and Adios

Friday, December 11, 2009

Cantik ....

Assalamualaikum...

Lama dah x tulis pasal motivasi diri,so kali ni aku amik dr kata2 dr HM Tuah Iskandar.Antara pakar motivasi yg hebat di malaysia ni...selamat membaca!!!!

"Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan
anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan
misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan
memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan
menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut
dimabuk-mabukkan.

Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk
mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan
ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.


Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia,
padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi
kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada
wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang
popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara
manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada
orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang
menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada
orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang
hitam.

(pelakon korea yg cikgu wiween minat hehehe)

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang
merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada
orang menganggap bibir yang nipis itu cantik
tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia
yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang.
Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher
masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian
masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang
lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini.
Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di
mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar
dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu
susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik
di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi
mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada
bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap
sesuatu perkara.

Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum
bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan
yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini
dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak
cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau
keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh
badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu
iman yang teguh, kukuh dan padu.


Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita
tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap
cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan
memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan
anda yang menampani.

Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak
sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin
mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang
sepuluh juta itu.

Andai hidup punca perpisahan,
biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan,
biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.
~Iman~

Aku x edit pe2 pun yg dia tulis,so dr itu mari lah kita bermuhasabah diri...mmg kadang2 manusia x pernh merasa cukup pe yg dia ada sehingga lah sudah terlambat utk mgetahui apa yg dia pernh ada adalah sesuatu yg amat beharga.

adios...

Friday, July 17, 2009

Tazkirah - Dato' Dr Fazilah Kamsah

Assalamualaikum...

Aku rasa mcm baru je hari jumaat,hari ni jumaat lagi so aku cuba lah utk jd kan hari jumaat hari utk tazkirah...utk renungan aku dan utk renungan pada sapa2 yg sudi baca.tapi mcm biasalah aku kalau bab2 tazkirah ni x layak lah nak bg kat korang sbb tu aku ceduk je kat internet.

So kali ni aku amik dr Dato' Dr Fazilah Kamsah,aku rasa sume org kenal dia ni...pakar motivasi yg glmor hehee.So sudi sudikan lah baca......

(aku x kenal budak ni)

Masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen2 (sisa2) nasik yang dia makan..dan pagi2 sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk mak minum dan macam biasa mesti ada sikit belen..tapi taklah everytime, secara puratanya seminggu sekali mesti mak suruh buat macam tu..

Dan sampailah saya dah besar panjang ni pun situasi ni still berjalan..either belen makanan mak atau abah..tapi kalau belen makanan anak2 memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan..kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain..samada kami perasan atau tidak...so satu hari tu tergerak nak tanya pasa isu ni kat mak..


Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam tu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mertua dia sendiri (tok perempuan sayalah)..mak kata supaya hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak..dan saya sendiri akui kesannya..makin umur kita meningkat, hati kita sentiasa belas tenguk mak bapak kita yang makin tua itu.

Kalau kena marah ke, kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu...nak menjawab balik tak der lah..walaupun kita tahu kita betul..dan mak pesan dah ada anak sendiri esok..jangan sekali2 makan lebihan makanan anak..samalah ceritanya...dan mak kata juga, pagi2 jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua dia akan selawat 3x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik..dan guru saya pesan..antara kesan terbesar bagi ibubapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka2 ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka..solat berjamaahlah dgn anak2 tiap kali waktu maghrib..kalau ada lebih dari seorang anak, suruh sorang Azan dan sorang Qiam...kemudian berganti2 bacakan doa lepas solat..ini yang kami amalkan sampai sekarang

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya, inilah yang palin3x berkesan sekali..tak caya try buat..solat jemaah dengan anak2 tiap kali maghrib..dapat semua waktu lagi baik..sangat besar rahsia dan peranan dapur rupa2nya. dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari, tapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"..just to ambil iktibar untuk mendidik diri dan family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! so, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's lat sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him(on shall pass on his words to others, and those to others again: and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly..

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses..do impart this knowledge: you'll lose nothing. Wallahu A'lam..terima kasih..(Dr Fadilah Kamsah)


Kesimpulannya,cuba balik praktik pe yg dia cakap coz x rugi pn kalau kita cuba.aku akan cuba gak nnt dgn anak2 aku hehehe tp kene kawin dulu lah.aku x idea ni coz keje duk menimbun2,tp nnt lah bila dah relax baru aku cite...

adios....

Saturday, July 4, 2009

Kecantikan Lelaki & Kegagahan wanita

Assalamualaikum...

Jom kita bercerita pasal agama sikit ye..nak wat semlm tp duk pulun keje sampai ptg so hari ni aku amik masa utk wat entri ni :).....sbbnya???? bos aku x so aku pun berani lah nak selongkar khazanah lama dalam laptop aku utk di baca pada yg sudi baca.

Sejak akhir2 ni ramai plak aku kenal dgn kawan2 yg jodoh sampai lambat wakaka jgn marah ye...tapi pe yg aku leh lontarkan kat sini adalah pe yg aku sendiri pk...kenapa lambat kahwin??? x jodoh?tersangatlah kuno alasan tu..luka lama masih berdarah???ayoyo...letak minyak but but pastu balut dgn bandage lah wei...fokus utama pada kerjaya??? alasan ni kalau income kita leh cecah jutaan ringgit setahun x pe....

So pe penyebabnya???aku pun x sbb yg konkrit nak jawab sbb aku pun lom kawin...aku cakap kat sapa2 yg tanya mcm ni je...."nak wat mcm mana,dah org x nak kat kita"...hehhe so org yg berkenaan jgn sangkalkan kenyataan ini ye :)

So berbalik pada tajuk asal lah ye,dah terpesong plak dr tajuk.Dalam pada tu seprti kawan2 aku yg duk dalam blog aku ni 1 je yg pasti yg kita semua nak dalam sesebuah perhubungan iaitu kualiti sebuah perhubungan.Mcm Needa cakap lah terlampau banyak yg TIDAK berkualiti ada di pasaran sekarang,mcm mana nak kawin?......



Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa
fizikal tetapi
-pada murni rohani
Lelaki yang cantik.....................
-Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata
untuk ingatan,
-Adalah lelaki yang sedia menerima segala
teguran,
-Adalah lelaki yang memberi madu, setelah
menerima racun,
-Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
-Adalah lelaki yang baik sangka dan,
-Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.

Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad
yang umi adalah kecantikan yang sempurna bg
seorang lelaki.....


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal
otot badan,
-tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah.................
-Adalah perempuan yang tahan menerima
sebuah kehilangan,
-Adalah perempuan yang tidak takut pada
kemiskinan,
-Adalah perempuan yang tabah menanggung
kerinduan setelah ditinggalkan,
-Adalah perempuan yang tidak meminta-minta
agar di penuhi segala keinginan,
-kegagahan perempuan berdiri di atas teguh
iman,
-Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang
ehsan adalah kegagahan sempurna bagi seorang
perempuan... ...


Sila lah fikir sejenak (kalau hangpa rasa nak pikiaq lah) mungkinkah faktor yg sepatutnya ada dalam diri seorg lelaki dan seorg perempuan dah pupus dalam diri kita sekarang ni????entahlah x jawapn leh aku bg....

Pe pun tanam dlm diri kita yg jodoh ketentuan oleh Allah Taala,Lelaki yg baik adalah utk wanita yg baik...kalau rasa kita x cukup baik cubalah berubah...nasihat utk diri aku ni hehehe

Renung renungkan dan selamat beramal ..

adios.......

Wednesday, June 24, 2009

Selamat Menyambut 1 Rejab 1430 H

Assalamualaikum.....

Pada hari ni 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1430h/Isra Mi’raj [Isnin, 20 Julai 2009] akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab [24, 25, 26 Jun 2009], maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah SWT. InsyaAllah.



6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah saw lagi : “Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril A.S “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Walaupun ada sesetengah pihak mengatakan bahawa segala fadhilat di bulan Rejab ni datangnya dr hadis yg dhaif yakni dr hadis yg diragui akan kesahihannya namun kita sebagai umat islam haruslah nawaitu segala yg kita buat lillahitaala (krn Allah semata-mata).
sekian dulu khutbah kita...next time kita sambg lagi ye...so rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.
adios....

Thursday, June 18, 2009

Secebis Kasih Sayang..


Assalamualaikum...

Tajuk mcm menarik + jiwang kan tapi tetaplah muka aku yg duk interframe kat atas ni hehehe pe yg aku nak cite kali ni just aku copy and paste kan kat dalam blog aku.email ni aku dapat dr member sekolah aku.1st time aku baca sungguh terharu kalau korang rasa nak baca sila lah ye..panjg sikit tapi sabarlah coz intipati dalam ni penting.

mungkin jugak pe yg dia alami ada sedikit sebanyak pe yg aku alami sbb tu aku rasa nak postkan benda ni utk kenangan aku.

So silalah baca .....

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu
hari,untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis
ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding.
Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.
Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil
mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya
sambil berkata, “Saya yang ambil!”
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan
dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.
Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis punairmata adik tak tumpah.Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan
kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”



Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik
Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah.
Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.




Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula
ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di
ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.
“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung
wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik.Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
“Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan
kamu, ayah akan lakukan!”“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,”
aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”


Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.
Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada.
Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..
“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”Apa lagi yang saya tahu selain meraung.
Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa.Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
“ Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni.
Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.
Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi.
Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa
orang lain kata.”Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu
.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis
pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap.Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan
simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja
keras.” Apalagi…aku menangis seperti selalu.



Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun.
Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
ada.”“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya.Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah
tiada.Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis
bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”
Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas
menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke
sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal.
Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan
memberikannya pada saya.Dia berjalan dengan sebelah kasut.
Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan
calar-balar.”“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri.
Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu.
Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.


“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita
dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”


Jgn nangis dah lah ye hehehe so tanyalah diri anda sekarang mampukah jd seperti adiknya tu???atau anda rasa cukuplah pe yg telah anda bg pada family anda selama ni??Tepuk dada tanya lah diri...


adios...

Sunday, August 17, 2008

Nisfu Sya'aban

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dengan buku catatan yang baru.

Tu lah secara ringkasnya maksud nisfu sya'aban.so jatuh pada hari ni lah.aku semlm bkn main lagi lah duk bersahur kat kedai Adik Sarah dgn niat nak pose tapi malang seribu kali malang subuh pun aku terkantoi....rugi wooo coz belum tentu lagi tahun depan kita sempat sambut nisfu sya'aban ni.Masa aku masih kanak2 rebina dulu selalu lah g masjid coz time ni org kg sume duk bawak kuih2 kat masjid tapi sekarang aku rasa dah tiada kot.tapi entah lah aku pun x tau sgt dah pasal kg aku ni coz dah lama x balik dan kalau balik pun lum tentu lagi masa nisfu sya'aban.
(Boleh ker aku berdoa mcm ni ek????)

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,



Pic kat atas ni bkn awek aku ye hehhe sepupu aku yg duk kat syiria sekarang ni....4 tahun lagi baru balik malaysia.kalau x silap aku lah dia amik usuluddin kot.aku pun dah lupa hehehe selalu gak aku ym dgn dia.mutiara kata kat bawah ni dia bg kat aku,dia bg kalau ym aku offline lah kalau on9 kami sembg pasal lain lah plak.tapi ni lah antara mutiara kata yg aku simpan....sekarang aku kongsi lah dgn korang ye................

achik Humaira (24/03/2008 15:49:22): Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan,
tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya, begitu jugalah dengan kehidupan
manusia: riang ketawa tapi
hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya. Andai kau rasa kecewa, lihatlah ke sungai, airnya masih mengalih biarpun
berjuta batu menghalang. Andai kau rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Andai kau gembira, sujudlah ke bumi tempatmu berpijak sebagai tanda syukurmu kepadaNya. (",)

achik Humaira (12/04/2008 17:18:24): iman dimasyqi (11/04/2008 01:07:24 Õ):
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda: " besegeralah kamu beramal
sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap.
Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi
kafir, atau (syak perawi hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang,
kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan
sedikit dari mata benda dunia.
H.R.Muslim Temanku,bumi kita bumi payah..peluh, air mata dan mungkin darah..
bila aku menjejak tapak ke pepasir serpihan kaca,peganglah tanganku...
kita beriringan sebagai pejuang, bila ku katakan padamu 'perjuangan itu pahit!'
kau katakanlah padaku 'syurga itu manis..' bersama2 kita teruskan perjuangan.

Aku dapat yg ni plak kat email aku,aku pun dah lupa sapa yg duk hantar tapi thanks a lot coz kadang2 fwd email mcm ni bagus gak.kita ni memang jarang nak ke surau @ masjid nak dgr2 kuliah agama tapi bila kita dapat email2 mcm ni boleh muhasabah diri...




KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan
Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk
jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari
saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
1. Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
2. Anda tidak perlu bawa pingat.
3. Anda tidak perlu bawa wang atau harta
(yg banyak).
4. Anda tidak perlu berparas rupa yg
cantik, hensem atau berbadan tegap
atau seksi.
5. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang
berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan
menjemput anda pada bila-bila masa saja
(mungkin sekejap lagi).

Ia akan berlembut kepada orang-orang
tertentu dan akan bengis kepada
orang-orang tertentu. Ia diberi nama
Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA
TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh
Ahmad Hanbal, yang bermaksud
begini:

Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya
apabila jenazah seseorang itu
diletakkan di dalam kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu mendengar
suara terompah kasut) orang- orang
yang menghantarnya ke kubur pada
saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim,
maka solat yang dilakukannya ketika
beliau masih hidup di dunia akan
diletakkan di kepalanya, puasanya
diletakkan di sebelah kanannya,
zakatnya diletakkan di sebelah kirinya
dan amalan kebajikan daripada
sedekah, silaturrahim, perkara
kebajikan dan ihsan diletakkan di
hujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras
kepala, maka solat itu berkata
kepada malaikat: dari arasku tidak ada
jalan masuk. Kemudian
malaikat berpindah ke sebelah kanan,
maka puasa berkata kepadanya:
dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke
sebelah kiri, maka zakat berkata
kepadanya: dari arasku tidak ada
jalan masuk. Kemudian di datangi dari
arah kedua hujung kakinya dan
berkatalah amal-kebajikan: di
bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka
malaikat berkata kepadanya: Duduklah
kamu. Kepadanya (mayat)
memperlihatkan matahari yang sudah
mula terbenam, lalu malaikat
bertanya kepada mayat itu:

Apakah pandangan kamu tentang seorang
laki-laki (Muhammad) yang kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya;
dan bagaimana penyaksian kamu
kepadanya? Maka berkata mayat itu:
Tinggalkan aku sebentar, aku
hendak sembahyang. Maka berkata
malaikat: Sesungguhnya engkau akan
mengerjakan solat (boleh saja solat)
tetapi jawab dahulu apa yang
kami tanya ini. Apakah pandangan kamu
tentang seorang laki-laki
Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa
bercakap tentangnya; dan
bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Laki-
laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan
aku naik saksi bahawa nabi
Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah
yang membawa kebenaran daripada
Allah Subhanahu Wata'ala. Maka
malaikat berkata kepada mayat itu:
Demikianlah




Lagu rindu nyanyian kumpulan Hijjaz ni aku suka,coz perasaan rindu tu bkan terbatas pada manusia je tapi pada apa saje termasuk lah rindu kita terhadap Allah Taala...aku nak masuk dalam playlist lagu ni pun x pandai hehehe nnt aku belajar cara nak tambah lagu k.ni lirik yg aku amik dalam laman web hijjaz....


RINDU

Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan


So sampai sini dulu lah ye,selamat beramal hehhee

adios