Friday, July 24, 2009

TAZKIRAH -Andainya Cinta Itu Hendak Di Beri

Assalamualikum....

Jumaat datang lagi...so tazkirah datang lagi lah ..kali ni aku amik teks ucapan dr pensyarah dr UITM melaka...sapa nama dia aku x tau..tapi yg penting isi yg dia nak sampaikan dalam ucapan tu.

1st time aku baca ni aku rasa jauuuuuhhh sgt dr pe yg patut ada pada seorg lelaki bernama suami.So kepada wanita2 yg sudi baca ni,amik lah sedikit sebanyak ilmu dr ucapan ni coz insyaallah,kalau di izinkan Allah Taala bahagia dunia dan akhirat...



Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan

tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu

Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak

kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih

pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg

boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang......



1-Kuat agamanya.

Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg

kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina

Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia

pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.

Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan

tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga

tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.

Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan

maruahnya sebagai seorang Islam.


4-Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula

salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap

nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.



6-Terbatas pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak

amalkan cara hidup bebas.

7-Rakan pergaulannya.

Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya



8-Tidak liar matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang

lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang

sesuai buat kamu

9-Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan

dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat

sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah

Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya

tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.


Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya..."


adios....



29 comments:

khairul said...

1st thing biar aku yg komen dulu hehe..x larat dah nak edit, aku mgadap nak wat n3 ni dah nak masuk 3 jam tapi x siap2...so salah silap maafkan lah ye..

said...

bila baca n3 nih
sayu jer rasa hati...

haih...

bila lah nak jumpa calon yg ada sifat2 yg tersenarai dalam n3 nih..?

NenetPenne (NP) said...

byk ayat tertinggal laa kerol....

bila lihat tu..byknya kekurangan yang ada pada dia...sah dia memang tak sesuai untuk ai... haishhhhh

Benedict Bernard said...

selamat hari jumaat kerol. bila last sembahyang jumaaat kat negeri singa tu? :P

imam said...

adakah anda mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan?hehehe

JOM P SEMAYANG JUMAAT.....

:: Wiween :: said...
This comment has been removed by the author.
:: Wiween :: said...

Slalu dtg sini mesti ada post yg ada info yg baik dr khairul. Thanks! hehe

Yg no 8 tuh mmg SANGAT penting zmn skang nih. Sbbm bersepah-sepah yg mata liar. Pastu x reti nak setia. Yg mcm ni elok tembak dgn senapang gajah! huhuh

Vid yg last tuh besh!! ;)

Rona Realiti said...

dlm erti kata lain...
abg yo tgh publish diri dia ari ni...
established dia masih available...

go go abg yo...
hopefully abg yo ada semua ciri2 tu...

khairul said...

salam..
yanie - insyaallah ada lah nnt,mgkin x menepati ciri2 tu tapi klau dah hampir tu kira ok lah :)

Nek...sori lah sy duk pulun wat ni b4 kol 8 lagi tapi asyik x jd je..tension deh so sy post kan gak lah hehe

khairul said...

selaamt hari jumaat gak ben - ni yg susah kalu keje hari jumaat kan???dapat plak bos yg K.F.R lagi lah susah kalu dia bg pergi ramai yg nak g so biarlah dia duk tanggung dosa kami ni huhu

khairul said...

Imam - sy rasa nak kata x langsung tu x lah wakaka coz kalau x langsung tu baik lah g tobat nasuha..ada tapi kurang,perlu di perbaiki.

Rona - hehhee mana ada weeehhh ni mcm permintaan Needa lah so sy publish kan je..

khairul said...

cikgu wiween - sy x leh nak imagine cikgu ni jenis mcm mana tapi kalau post komen mmg lah wat saya gelak...

Benedict Bernard said...

persal lagu wali cari jodoh tu karaoke version..

petang kang sms kalau confirm occay

BLACK DIAMOND said...

setuju dgn cikgu wiween... x cukop senapang gajah.. meriam kan da.. =)

fin said...

tambah sikit..bomkan lagi senang kot ! hancuq bersepai..

*panduan ni..tp nk jumpa lelaki camtu susah..

khairul said...

Ben - insyaallah sy col ptg ni k..

Black - ayooo meriam kat mana nak amik???kat A Famosa melaka kaa???

khairul said...

Anifas - Ni nak praktis jd pengebom berani mati ker???
sbb tu org cakap nak pilih intan di antara kaca amat susah huhu

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Lelaki spesis nih dah hampir pupus kot.. :P

Oooo..jalan2 dengan Ben yer.. nak ikot!!

khairul said...

Salam needa...
hampir pupus lah kot...coz yg duk sek2 pondok pun susah nak cr yg mcm ni pe lagi lah yg duk sek sekular huhu..
hehehe jom lah kami ni kalu keluar sesi potograpi je :)

AiLing said...

Manusia ni mmg takdak yg perfect!! suami isteri tu saling lengkap melengkapi .. kurang2 tu sama2 lah tambah .. kalau terlebih2 tu sama2lah kurangkan .. insyaAllah aman rumahtangga. yang pentingnya baik suami, maupun isteri tu berilmu, beramal dan beriman ..

NenetPenne (NP) said...

ya ya suami isteri tu saling lengkap melengkapi...tapi ada jugak yang main pakai buang.... hampeh!!!!!!

sakit hati ai...

khairul said...

Ai ling....
sy terbayang ai ling macm may may dlm upin dan ipin hehehe...
betul lah tu kot coz nak cr yg perfect sampai bila2 x kan jupe...terima seadanya dan sama2 lah wat yg terbaik :)

khairul said...

Nek...
dont tensen2 ye...nnt enjoy yr dinner tu...next time sy plak ajak g dinner ..can???

Rona Realiti said...

abg yo...
can (english) ke atau ada can (melayu) nk msk line...!?
hahaha...

khairul said...

Rona...
can kut omputih lah hehehe...can kut melayu x leh lah...ramai lg duk 'q' nak tunggu nenek tu wakakaa

Cik Faridah Huda said...

I dijadikan dari tulang rusuk saperrr neh?????

adekah die mempunyai ciri2 spt dinyatakan di atas...kalo x semua pun..biarlah x failed....risau betol ngan calon2 suami zaman skang...

khairul said...

salam mek...
susah nak cakap lah mek...tepuk dada tanya lah iman hehee

NenetPenne (NP) said...

mcm terasa orang mengata jer...ha ha ha......

khairul said...

nek - tu r ...terasa sbb tu masa balas tu mcm kelu wakakaka
sy salah sorang dr lelaki akhir zaman so x leh lari lah dr kesilapan :(