Friday, December 11, 2009

Cantik ....

Assalamualaikum...

Lama dah x tulis pasal motivasi diri,so kali ni aku amik dr kata2 dr HM Tuah Iskandar.Antara pakar motivasi yg hebat di malaysia ni...selamat membaca!!!!

"Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan
anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan
misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan
memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan
menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut
dimabuk-mabukkan.

Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk
mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan
ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.


Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia,
padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi
kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada
wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang
popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara
manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada
orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang
menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada
orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang
hitam.

(pelakon korea yg cikgu wiween minat hehehe)

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang
merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada
orang menganggap bibir yang nipis itu cantik
tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia
yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang.
Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher
masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian
masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang
lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini.
Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di
mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar
dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu
susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik
di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi
mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada
bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap
sesuatu perkara.

Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum
bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan
yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini
dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak
cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau
keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh
badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu
iman yang teguh, kukuh dan padu.


Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita
tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap
cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan
memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan
anda yang menampani.

Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak
sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin
mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang
sepuluh juta itu.

Andai hidup punca perpisahan,
biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan,
biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.
~Iman~

Aku x edit pe2 pun yg dia tulis,so dr itu mari lah kita bermuhasabah diri...mmg kadang2 manusia x pernh merasa cukup pe yg dia ada sehingga lah sudah terlambat utk mgetahui apa yg dia pernh ada adalah sesuatu yg amat beharga.

adios...

5 comments:

Cik Faridah Huda said...

Cantik itu subjektifffff...terpulang kepada mata yang melihat...namun ALLAH itu adil...Dia akan mengurniakan pasangan yg saling melengkapi...

:: Wiween :: said...

YAY!!! Daniel henney. Finally! eheheh tq incik kerol :p

Tapi beliau x canrik tau. nanti Awwww plak. Beliau kacak kan? :P

khairul said...

Mek...betol3..sbb tu r sy x cari yg cantik wakakaka angkat bakul sendiri plak

khairul said...

Wiween...dia segak lah coz dalam duke ada interview dia,org panggil dia the perfectionist....

NenetPenne (NP) said...

cantik bagi saya ialah yang baik
baik dari segi:
1. rupa paras
2. hubungan dengan keluarga
3. pekerjaan
4. ilmu dunia dan akhirat
5. harta benda
6. kelakuannya..iaitu hati budi