Sunday, December 13, 2009

Bertamu Di Kalbu




Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

Assalamualaikum....

Tetiba jiwa kacau aku datang pagi td,mungkin sbb hari ahad kot so aku nak relax,x mau tgk keje yg duk menunggu aku saban hari dan masa tu...masa duk layan video clip dalam youtube ni tetiba aku dgr lagu ni,walaupun sedap tapi syg x leh masuk dalam final list Juara Lagu coz Jac dah silap lirik.

Kalau sapa yg suka satera ataupun jiwa jiwang karat tahap gaban aku rasa mesti faham lagu ni hehehe aku x berapa nak faham coz terlalu lah simbolik.tapi 1st time aku dgr lagu ni aku rasa mcm dekat je dgn aku.mungkin cara Jac nyanyi lagu ni wat kita nak dgr pe yg dia cuba sampaikan.

Selamat berdgr dan menyanyi dgn Jac lah...selamat berhujung minggu.

Adios...

No comments: