Wednesday, December 29, 2010

InsyaAllah






Insya Allah
Album :
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Assalamualaikum......
Bila dengar Maher Zain nyanyi lagu ni serta lirik yg ada depan mata wat aku sebak pun ada,insaf pun ada,sedih pun ada.....senang cerita mcm2 ada..perasaan bercampur baur....so entry luahan hati aku kali ni jiwang sikit sbb benda ni bermain2 berligar dlm kepala hotak aku nie....
Aku rasa setiap korang pernh mgalami tekanan perasaan kan???x kira lah atas faktor apa yg wat kita tertekan namun tekanan perasaan adalah satu lumrah dlm kehidupan kita.Kalau tgk video clip ni kita dapat tau yg setiap individu mempunyai masalah yg berlaianan.
Aku ada bersembg dgn sahabat aku ni,ayat dia mmg terus meresap dlm hati aku..."Rul,setiap dr kita di beri ujian ,mungkin ujian yg menimpa aku x sama dgn ujian yg menimpa ko...cara aku mgatasi ujian aku mungkin x sama dgn cara ko mgatasi ujian ko...kita x tahu adakah kita mampu nak menanggung ujian tu selagi ujian tu x kena pada diri kita."
Tapi pada aku dia mmg hebat sbb masih lagi gagah berdiri menepis ujian yg Allah bg pada dia walaupun kalau lah aku di beri ujian sehebat tu aku mungkin sudah jatuh tergolek...pada sahabat aku tu mintak maaf aku bercerita dlm ni tp yg paling utama ada lah semangat yg ada dlm diri wat aku bangga menjadi sahabatnya......
Aku ada banyak kali berfikir apsal lah aku di uji mcm ni???kenapa jalan yg aku pilih nampak mcm kelam je...tp bila kita buka mata hati..buka minda baru kita tahu bukan hanya kita yg di uji bukan hnaya kita yg sedang menderita ..ramai lg org yg sedang di uji dan menderita cuma mereka redha akan ujian tu...
Wassalam...adios

Tuesday, December 28, 2010

Befday Time

Assalamualaikum....
N3 khas buat yg lahir pada bulan december pada yg bulan lain aku wat n3 lain ye...jgn kecik hati plok hehehe....


Terutama wat Mie aku yg menyambut hari lahir ke 54 baru2 nie...aku x sanggup post pic yg diaorg letak dlm facebook sbb topi parti tu mcm Capt Jack Sparrow je hehe...
Semoga ceria selalu dan di kurniakan kesihatan berpanjangan....amennnnn


Wat sahabat baik aku Ha....8 dec baru2 moga ceria2 lah sokmo....aku tau mung baca ni so malas aku komen banyok2 wakakaa


Sahabat aku sejak form 2 lagi Joe bufday 26 dec....moga tercapai segala hajat dan hasrat.....




One and Only sahabat aku indian hehee..Hariram Kumar pada 7 dec baru2 ni....dalam fb tu asyik duk mgutuk aje tapi aku tau hati dia baik....jgn putus asa utk cr bini baru ye hehee



Sahabat aku zahir...bufday 24 dec baru2 ni....penasihat insuran aku..nak amik insuran leh col dia,x yah pk pe2 pun just bayar je yg lain dia akan uruskan hehee promote nie...harap dia kawen cepat2 sbb sume dah ada dah...
Tu lah n3 utk bufday....
Hepi bufday to all of U....
Wassalam...adios

Wednesday, December 22, 2010

EAT PRAY LOVE

Assalamualiakum......
EAT PRAY LOVE.....cerita ni dah lama tayang kat panggung tapi aku x sempat nak jenguk sbb masa tu kalut nak naik kapal....aku bukanlah nak cerita sinopsis cite ni tapi hanya nak kongsi dr sudut pandang aku pasal apa yg aku faham tentang cite nie.
Cerita ni lama dalam 2 jam lah jugak...dr penuh mess room duk tgk, tinggal lah aku sorg yg layan sbb diorg cakap cite ni banyak cakap..x subtitle plak tu....
Aku suka cite ni sbb filem ni ada lah sebuah realiti kehidupan,mcm dlm cite ni dia gambarkan kehidupan dia kucar kacir ada je yg dia x suka ada je benda yg x kene.mcm hidup kita gak,samada kita sedar atapun x je yg kita ni adalah watak utama dlm cerita kita.kita nak happy ending or sad ending all depend pd kita.

Dalam perjalanan hidup kita gak kita akan sentiasa berjumpa dgn org baru dlm hidup...org yg boleh kita panggil kawan sahabat mahupun saudara....mcm dlm movie ni lah dia sentiasa berjumpa dgn org baru dan dia akan mengambil pendekatan yg positif utk kenal dan mgelami hati masing2....
Tp mustahil lah kita akan terus berjumpa dgn org yg baik setiap masa sbb tanpa berjumpa dgn yg salah kita tidak sedar yg kita telah lalai.....dalam hidup kita ni , kita akan di beri peluang utk membuat keputusan,behati2 lah dlm membuat kepuusan sbb sometimes the decision you made ,there will no turning back.
Dalam hidup ni gak kita terpaksa membuat pilihan yg kadang2 sukar nak kita huraikan dgn kata2...sbb kadang2 tu tindakan kita menyebabkan org lain terseksa,demi kita bahagia kita telah membuat org lain derita tapi sanggup ke kita nak derita demi melihat org lain bahagia????

Dalam cite ni dia duk mencari tuhan duk mencari kedamaian ....tp kita sebagai org islam ni tahu yg sejauh mana pun kita berjalan...sesesat mana pun kita terpesong seteruk mana pun kita di mata org namun jika kita kembali sujud di atas sejadah insyaallah kedamaian yg kita cr pasti akan kita jumpa.
Dah lah tu....banyak plak aku nye cite...ayat yg aku suka masa dia cakap..."org yg kita jumpa sepanjg perjalanan kita adalah guru yg terbaik"(lebih kurang lah bunyinya).....pengalaman ada lah guru yg terbaik...mcm kita hormat pada org captain lah ,kita bukan hormat pada pangkatnya tp hormat pd pengalamannya...
Wassalam....adios

Friday, December 17, 2010

10 hadiah

Assalamulaikum....
Aku just copy and paste je segala ayat2 yg di guna pakai dalam artikel kat bawah nie.So harap maklum ye hehhee
Sempena 10 Muharam aku post tazkirah yg bukan cite 10 muharam tp masih lg berkisar tentang agam dan kita...enjoy the article and video clip as well....

"Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua."

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.


You're the simplest love i've known
and the purest one i'll own



Wassalam and Adios

Tuesday, December 14, 2010

BALIBU

Assalamualaikum.....
N3 makan lagi sbb masa aku g bandung tu keje aku selain shopping aku suka makan hehehe...sbb tu lah aku menjadi sihat dan besar
Kali ni aku makan kat balibu atau nama panjgnya BAwah LIma BUlan....dalam erti kata lain kat restoran ni semua kambing (lupa nak ckap,sini specialist kambing) yg di hidang adalah bawah 5 bulan.rasa mcm kejam plak kan tp kambing tu halal so x kejam lah wakakaa



Ni lah buku menunya.....aku x post pic dlm restoran sbb ni n3 makan next time aku rajin aku tunjuk deco dlm restoran nie....

Antara menu yg di hidangkan dalam restoran nie.......


1stly mesti lah air yg di hidang....aku mintak air kepala jeruk...yg kuning tu air aku...x sdap mana pun sbb macam air kelapa campur dgn air limau tu lah rasanya...yg putih tu air kelapa biasa je.


Makan dah sampai hehhehe...waiter n waiteress duk hidang.yg perempuan tu ok lah tp yg aku nak gelak tu lelaki tu,apsal dia pakai songkok mcm tue???mcm pak pandir pun ada aku tgk....dgn kain yg di ikat kat pinggang tu wat aku duk sengeh2 tahan gelak.


Ni lah rupenya satay kmbing.....aku x makan kambing tp satay ni wat aku makan huhu...sedap sungguh .....



Ni sup bontot.....aku mmg x makan ni....tp nampak sedap


Ni lebih kurang ayam penyek lah tapi bukan ayam penyek ..ntah lah masak pe...yg penting ayam hehee



Ni lah sos utk ayam td...


Kangkung masak pe ntah .....



Ni gulai kambing...aku mula2 x nak makan tp bila rasa je ...wowwwww syookknyeeee kaau g bandung g lah restoran ni ,....mmg berbaloi2



Last sekali aku order ikan ni sbb aku tgk org meja sebelah aku makan....nak je aku tanya mcm mana nak siang ikan mcm tu kan......
Klau g bandung ni bagus, sbb ramai islam so nak solat ke mmg mana2 leh singgah...dlm restoran ni pun ada surau...so enjoy the food tapi ibadat jgn di lupakan :)
Wassalam...adios