Friday, January 7, 2011

Neraka

Assalamualaikum.....


Salam jumaat utk minggu pertama tahun 2011.Ada banyak benda aku nak cite dlm blog aku ni tapi aku amik kesemptan ni wat tazkirah jumaat...mana lah tahu sapa2 yg duk baca blg aku ni tetiba dapat ilmu dan manfaatkan ilmu tu so secara x sengaja dapat gak aku pahala ...tol dok???


Aku copy ni dr member aku nye hard disc ...kita kdg2 perlu di ingatkan walaupun dah berkali2 kita dgr benda yg sama..macm org tua membebel lah..dlm hati akan kata.."benda ni lagi dia duk membebel..tak de benda lain ker???"....tp cuba pk kalau dia tegur sekali pastu kita wat elok ..mana ada dia nak membebel lg coz kita dah tau dan kita wat...maslahnya kita dah tau salah tapi kita tetap nak wat..tu yg org tua membebl benda yg sama..biar terus masuk dlm kepala hotak kita ni ....


Aku plak yg membebel...so bacalah semoga pe yg aku tulis ni akan mgingati anda serta diri aku sendiri....



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang
dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa
aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang
mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,
dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman
daripadanya.


"Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan
hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar
penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau
dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara
langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan
basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan
dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair
sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan
hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar
orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu
sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur
nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu,
tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan
perempuan
."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan
pintu-pinturumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:
"Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang
kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta
keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama
Ladha,pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah."
"Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang
sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan
ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi
s. a.w.di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw
bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat
sedihku,apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?"


Jawabnya:"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi
s. a. w.menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a. w. masuk ke dalam
rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak
berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta
kepada Allah.
(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat
menimbulkan keinsafan kepada kita semua.



Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 :

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah
S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat".

Segala ilustrasi ni aku amik dlm google jd pic2 yg aku attched ni bukan lah dr karya asal...
So,selamat berfikir sejenak krn kita belum tentu akan selamat dari semua azab ni ...amik bait2 lagu raihan "sesungguhnya aku tidak layak ke syurgamu namun tidak pula sanggup ke neraka mu"
Wassalam.....adios

5 comments:

Benedict Bernard said...

terbakar cheq membacanya.. ops!

Cik Wanie said...

takutlah baca entri nie,
tapi ia bg kita terfikir balik...

tq sbb sudi kongsi bersama pembaca;)

:: Cikgu Wiween :: said...

lamo x jenguk incik kerol.:D

khairul said...

ben...dah terbakar ke??sikit je tu wakakaa

cik wanie...sama2 :)

khairul said...

cikgu wiween...sama lah kita :)