Sunday, March 13, 2011

Boulevard Restaurant

Assalamualaikum.....
Sekarang ni gigih aku datang CC semata2 nak updated blog aku...tapi bila buka je blog aku jd hilang idea pe yg aku nak tulis...mcm ni aku nak cite pasal lain tapi last duk upload pic makan so aku cite pasal makan je lah ...
Tu nama restoran masa aku g Ho Chi MInh baru2 ni lah...walaupun kapal aku masuk Vung Tau dgn segigihnya aku jalan2 kat HCM ni,sampai sekali tu aku g HCM sorg2 hehe...but for this n3 aku jalan2 dgn kawan aku 3rd enginner zabidi...


Ni ada lah menu dia....walaupun restoran dia ada tulis wine tapi kami x lah sampai nak order wine kan???hehehe so cr2 lah yg halal...coz yg kami masuk sumenya ada babi sbb kebetulan masa pergi tu nearly chrismast so banyak2 lah ayam2 belanda n babi aka khinzir yg di jual


Utk keselamatn make sure order lah nasi goreng seafood...jgn bagi diaorg letak ayam plak



Udang goreng mmg sedap.....leh wat sendiri je ni hehehe



Yg ni aku lupa namanya ...tp kalau x silap lah seabass kot walaupun bukan ikan dr laut aku pun x sure mcm mana ikan sungai dpt nama laut huhu

Dgn adanya makan tu td...so menjamu selera lah tanpa rasa was was hehee air aku lupa snap maaa sbb masa ni mmg lapar tahap cipan...


Tu dia air dah abis pun.....air tembikai aku minum wakakaka....pas makan jom kita main fb sbb ada wifi percuma....kat HCM x yah nak g cc sbb kat mana2 senang nak dpt wifi percuma...
ok lah sampai sini je ....nnt ada masa aku cite pasal benda lain plok...
Wasaalam..adios

Saturday, February 19, 2011

Ai See Tee

Assalamualaikum.....




Episod pertama utk bln feb 2011...dah setgh bulan berlalu tp aku baru nak tulis hehehe...kali ni aku ikut member2 aku yg segak lagi available ni ke ICT.....nama penuh ICT tu pun aku x tau...tp bila org sebut ICT aku akan terbayang pokok2 yg ada lampu lip lap lip lap ni lah..




Walaupun kesemuanya bkn anak jati shah alam ataupun selangor tapi selok belok shah alam ni sume diaorg tau....kalau korang rasa nak masuk taman pertanian tu free contek2 lah dgn diaorg sbb kesemuanya ni kerja dgn skytrex....aku rasa kalau needa tau mesti dia nak register masuk sini hehehe




Mmg lawa giler lah kat dalam ni waktu mlm lah sbb sumenya ada lampu..kalau siang aku x pernah g plak hehehe...bg aku ni lah tempat nak bawak famili jalan2 sbb mmg tenang lah...masa aku g lah tenang,sekarang ni aku x sure plak.


Pic shaking kan??jgn marah ben masa ni amik x pakai tripod pun...sambil jalan2 sambil snap coz mamat2 sume tu duk jalan mcm nak g berperang ....:)


Aku suka lampu kat sini sbb ada style cina ...mmg terasa mcm bukan kat malaysia..



Cantik sungguh2....



Posing time...


Orang kuat skytrex :)




Pic x clear tp aku suka tgk lampu kat belakang tu....



Mesti lah aku pun ada sama kan..nak jugak nie wakakaa


X cukup dgn kamera....dgn hp pun aku bergaya hehehe


Ok....jom balik.



wsalam...adios

Monday, January 31, 2011

Makan di Petro House


Assalamualaikum.......

Last day on january aku tulis ni,mmg bz giler nak wt blog tapi aku wat gak lah sbb nnt lagi x masa nak tulis....makan2 kali ni aku bawak korang ke Vung Tau,Vietnam.Tempat makn ni amat glamor di Vung Tau sbb di sini lah tempatnya org2 malaysia akan berkumpul ..x kira lah dr company kapal mana pun or naik kapal pe pun pasti akan datang sini.

Yg special sini sbb ada masakan malaysia..dan tukang masak sini pun mmg di datangkan khas dr malaysia.So x lari lah rasanya.....


Biasalah ni air yg aku order,Ais lemon tea...ada lah member aku cakap yg teh tarik kat sini sedap...aku cuba lah sampai 3x tapi ketiga2 kali gak x sedap so kesimpulannya mmg teh tarik x sedap wakakaa...x macam mamak tarik lah so kalu aku rasa nak minum teh tarik aku tarik sendiri je...


Nasi goreng kampung....ni lah yg biasanya di order oleh org2 malaysia.kalu weekend ada menu special..nasi lemak n mee kari tapi aku x pernh rasa pun.asyk duk makan nasi goreng je lah sbb kat sini beras dia elok kalau beras kat kapal tu mmg x leh nak wat nasi goreng,lembik mcm bubur bila dah jd nasi.


Sini x yah risau coz semuanya halal....tu kene yakin lah sbb kalu was2 dah x leh makan..yakin sbb melayu kita yg masak.



Ni lah bil yg aku dapat...masa ni aku lepak sorg2 je,ada gak aku lepak ramai2n tp masa mula2 sampai Vietnam dulu aku x geng nak turun sekali.harga yg korang tgk tu bahagi lah dgn 6000 so daptlah harga dlm RM...

Kalau korg rasa nak kembgkan perniagaan kat vietnam elok lah sbb kat sana nak cr gerai makanan halal mmg susah giler.


Wassalam...adios

Saturday, January 22, 2011

cite pasal menipu

Asslamualaikum.....
N3 ringkas je ni coz aku suka jalan cite 2 movie yg aku tgk masa kat Ha Loc Vietnam hari tu...aku tgk cite A Nanny 4 chrismast ni masa hari xmas pun,so nak rasa sikit suasana raya xmas ..kat Ha Loc mmg meriah suasana xmas,x sangka plak yg kat Ha Loc ramai kristian.Next day nya plak aku layan cite Easy A.
Aku rasa x yah lah wat sinopsis cite ni coz benda dah lama lepas tp cite ni tersangat ringan jalan citenya.kalau nak tgk cite ni just duduk atas sofa tu,pastu wat lah cekodok pisang,meninton sambil makan mmg sedap.


Mula2 aku x rasa nak tgk pun cite ni coz covernya mcm x menarik pun tp bila member aku tunjuk clip video pasal cite ni terus aku mgadap....mmg kelakar tahap cipanzi siioott..aku ada attached sekali video pendek cite ni so leh lah korg nak layan,nak syok lg tgk lah penyanyi asal yg nyanyi,pun shiok bangat seh..
Satu persamaan yg aku petik dr dua cite ni adalah....jgn sesekali menipu coz kita x tau sejauh mana kita menipu tu akan menjd satu effect pada masa akan datang


wassalam...adiosssss

Friday, January 7, 2011

Neraka

Assalamualaikum.....


Salam jumaat utk minggu pertama tahun 2011.Ada banyak benda aku nak cite dlm blog aku ni tapi aku amik kesemptan ni wat tazkirah jumaat...mana lah tahu sapa2 yg duk baca blg aku ni tetiba dapat ilmu dan manfaatkan ilmu tu so secara x sengaja dapat gak aku pahala ...tol dok???


Aku copy ni dr member aku nye hard disc ...kita kdg2 perlu di ingatkan walaupun dah berkali2 kita dgr benda yg sama..macm org tua membebel lah..dlm hati akan kata.."benda ni lagi dia duk membebel..tak de benda lain ker???"....tp cuba pk kalau dia tegur sekali pastu kita wat elok ..mana ada dia nak membebel lg coz kita dah tau dan kita wat...maslahnya kita dah tau salah tapi kita tetap nak wat..tu yg org tua membebl benda yg sama..biar terus masuk dlm kepala hotak kita ni ....


Aku plak yg membebel...so bacalah semoga pe yg aku tulis ni akan mgingati anda serta diri aku sendiri....



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang
dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa
aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang
mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,
dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman
daripadanya.


"Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan
hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar
penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau
dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara
langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan
basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan
dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair
sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan
hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar
orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu
sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur
nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu,
tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan
perempuan
."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan
pintu-pinturumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:
"Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang
kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta
keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama
Ladha,pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah."
"Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang
sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan
ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi
s. a.w.di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw
bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat
sedihku,apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?"


Jawabnya:"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi
s. a. w.menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a. w. masuk ke dalam
rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak
berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta
kepada Allah.
(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat
menimbulkan keinsafan kepada kita semua.



Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 :

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah
S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat".

Segala ilustrasi ni aku amik dlm google jd pic2 yg aku attched ni bukan lah dr karya asal...
So,selamat berfikir sejenak krn kita belum tentu akan selamat dari semua azab ni ...amik bait2 lagu raihan "sesungguhnya aku tidak layak ke syurgamu namun tidak pula sanggup ke neraka mu"
Wassalam.....adios