Sunday, August 17, 2008

Nisfu Sya'aban

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dengan buku catatan yang baru.

Tu lah secara ringkasnya maksud nisfu sya'aban.so jatuh pada hari ni lah.aku semlm bkn main lagi lah duk bersahur kat kedai Adik Sarah dgn niat nak pose tapi malang seribu kali malang subuh pun aku terkantoi....rugi wooo coz belum tentu lagi tahun depan kita sempat sambut nisfu sya'aban ni.Masa aku masih kanak2 rebina dulu selalu lah g masjid coz time ni org kg sume duk bawak kuih2 kat masjid tapi sekarang aku rasa dah tiada kot.tapi entah lah aku pun x tau sgt dah pasal kg aku ni coz dah lama x balik dan kalau balik pun lum tentu lagi masa nisfu sya'aban.
(Boleh ker aku berdoa mcm ni ek????)

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,



Pic kat atas ni bkn awek aku ye hehhe sepupu aku yg duk kat syiria sekarang ni....4 tahun lagi baru balik malaysia.kalau x silap aku lah dia amik usuluddin kot.aku pun dah lupa hehehe selalu gak aku ym dgn dia.mutiara kata kat bawah ni dia bg kat aku,dia bg kalau ym aku offline lah kalau on9 kami sembg pasal lain lah plak.tapi ni lah antara mutiara kata yg aku simpan....sekarang aku kongsi lah dgn korang ye................

achik Humaira (24/03/2008 15:49:22): Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan,
tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya, begitu jugalah dengan kehidupan
manusia: riang ketawa tapi
hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya. Andai kau rasa kecewa, lihatlah ke sungai, airnya masih mengalih biarpun
berjuta batu menghalang. Andai kau rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Andai kau gembira, sujudlah ke bumi tempatmu berpijak sebagai tanda syukurmu kepadaNya. (",)

achik Humaira (12/04/2008 17:18:24): iman dimasyqi (11/04/2008 01:07:24 Õ):
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda: " besegeralah kamu beramal
sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap.
Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi
kafir, atau (syak perawi hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang,
kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan
sedikit dari mata benda dunia.
H.R.Muslim Temanku,bumi kita bumi payah..peluh, air mata dan mungkin darah..
bila aku menjejak tapak ke pepasir serpihan kaca,peganglah tanganku...
kita beriringan sebagai pejuang, bila ku katakan padamu 'perjuangan itu pahit!'
kau katakanlah padaku 'syurga itu manis..' bersama2 kita teruskan perjuangan.

Aku dapat yg ni plak kat email aku,aku pun dah lupa sapa yg duk hantar tapi thanks a lot coz kadang2 fwd email mcm ni bagus gak.kita ni memang jarang nak ke surau @ masjid nak dgr2 kuliah agama tapi bila kita dapat email2 mcm ni boleh muhasabah diri...




KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan
Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk
jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari
saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
1. Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
2. Anda tidak perlu bawa pingat.
3. Anda tidak perlu bawa wang atau harta
(yg banyak).
4. Anda tidak perlu berparas rupa yg
cantik, hensem atau berbadan tegap
atau seksi.
5. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang
berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan
menjemput anda pada bila-bila masa saja
(mungkin sekejap lagi).

Ia akan berlembut kepada orang-orang
tertentu dan akan bengis kepada
orang-orang tertentu. Ia diberi nama
Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA
TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh
Ahmad Hanbal, yang bermaksud
begini:

Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya
apabila jenazah seseorang itu
diletakkan di dalam kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu mendengar
suara terompah kasut) orang- orang
yang menghantarnya ke kubur pada
saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim,
maka solat yang dilakukannya ketika
beliau masih hidup di dunia akan
diletakkan di kepalanya, puasanya
diletakkan di sebelah kanannya,
zakatnya diletakkan di sebelah kirinya
dan amalan kebajikan daripada
sedekah, silaturrahim, perkara
kebajikan dan ihsan diletakkan di
hujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras
kepala, maka solat itu berkata
kepada malaikat: dari arasku tidak ada
jalan masuk. Kemudian
malaikat berpindah ke sebelah kanan,
maka puasa berkata kepadanya:
dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke
sebelah kiri, maka zakat berkata
kepadanya: dari arasku tidak ada
jalan masuk. Kemudian di datangi dari
arah kedua hujung kakinya dan
berkatalah amal-kebajikan: di
bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka
malaikat berkata kepadanya: Duduklah
kamu. Kepadanya (mayat)
memperlihatkan matahari yang sudah
mula terbenam, lalu malaikat
bertanya kepada mayat itu:

Apakah pandangan kamu tentang seorang
laki-laki (Muhammad) yang kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya;
dan bagaimana penyaksian kamu
kepadanya? Maka berkata mayat itu:
Tinggalkan aku sebentar, aku
hendak sembahyang. Maka berkata
malaikat: Sesungguhnya engkau akan
mengerjakan solat (boleh saja solat)
tetapi jawab dahulu apa yang
kami tanya ini. Apakah pandangan kamu
tentang seorang laki-laki
Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa
bercakap tentangnya; dan
bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Laki-
laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan
aku naik saksi bahawa nabi
Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah
yang membawa kebenaran daripada
Allah Subhanahu Wata'ala. Maka
malaikat berkata kepada mayat itu:
Demikianlah




Lagu rindu nyanyian kumpulan Hijjaz ni aku suka,coz perasaan rindu tu bkan terbatas pada manusia je tapi pada apa saje termasuk lah rindu kita terhadap Allah Taala...aku nak masuk dalam playlist lagu ni pun x pandai hehehe nnt aku belajar cara nak tambah lagu k.ni lirik yg aku amik dalam laman web hijjaz....


RINDU

Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan


So sampai sini dulu lah ye,selamat beramal hehhee

adios

Friday, August 15, 2008

PFSO & CSO COURSE

Dah bersawang blog aku rupanya coz x updated sekian lama,nak wat mcm mana masa memang x mengizinkan aku utk menulis.12 - 14 ogustus 2008 aku kene attend course pfso n cso di port kelang.so aku tulis pasal ni dulu lah takut nant lupa plak.....

Aku dapat tahu kene attend course di last minute sgt,memang ada ura2 aku kene p tapi sbb x confirm aku x leh cakap pe2 lah coz nnt kalau aku tanya sah2 menampakkan aku ni nak sangat keluar dr langkawi hahahaa...

Sabtu,9 pagi aku dapat tahu coz baru dapat email dr HQ,dah nama hari sabtu sapa lah nak tempah tiket utk aku.so pandai2 lah aku g sendiri.company je besar tapi managment hancur lebur.sbb aku yg nak p lah aku bersungguh naik feri & bas bagai ,kalau aku rasa benda ni x menguntungkan aku x nak lah aku menyusahkan diri.yg tu aku cite lain coz sume aku guna duit sendiri tau nk g port kelang....td aku nak claim boleh akak kerani aku cakap next week dia nak nak blah balik kg...aku x kira kalau aku x dapat claim b4 raya mahu aku g serang akaun department kat HQ tu.


Ni lah course yg aku kene attend,2 course dalam 1 masa tapi dapat 2 sijil lah.sijil tu yg penting coz senang aku nak cabut mana2 company lain hehehe.kalau x faham makna pfso tu ni dia maknanya "Port Facility Security Officer" & cso plak "Company Security Officer".


Kat ni banyak bercerita pasal safety n security lah...ISPS yg mula di perkenalkan oleh IMO pada 1st July 2004.x lain dan x bkn sbb kejadian September 11.Amerika kan kalau kene kat dia mcm2 benda kita kene ikut,tapi ada lah baiknya wat sume ni coz bertambah lah peluang pekerjaan.so pe2 pun pandanglah dr sudut positive.isps tu maknanya " International Ship & Port Facility Security" code. :)


Nama aku lah ni coz senang dia nak panggil nnt,tapi oleh krn aku ni suka tdo masa dia bg ceramah ni.x pernh pun dia nak tanya aku.agaknya bosan kot asyik tgk muka aku yg mengantuk walaupun baru setengah jam ceramah start hehehe.tapi aku tabik spring toing10x lah kat penceramah ni Cdr (Rtd) Adri Juhann Abdullah coz dr cara dia mencerita tu banyak sngat pengalaman dia.Ex TLDM huhuhu...


Ni lah hotel yg aku duk,rasanya ni lah yg terbesar kat port kelang.3 star je tapi bagi aku x penting yg penting makanan heheheh memang syok lah aku makan.sume duk puji2 coz 3 bintang yg hebatlah.kalau kat K.L x dapatlah nak makan mewah mcm tu.kat langkawi aku x pernh plak lepak hotel,so no komen...


Bilik aku 815 hehehe dekat je dgn swimming pool tapi aku x berani nak mandi coz kat depan swimming pool ada spa n massage centre....terkenal dgn chicken chick seluruh port kelang.so jgn cari nahas ye hehehe

Antara pic yg aku snap lah coz saje nak menghilangkan mengantuk.12 org je yg ada so nampak sangat aku mengantuk kan hehehe.aku dah tdo awal pun masih ngantuk lagi aku pun x tau lah nak wat mcm mana nak menghilangkan ngantuk tahap dewa tu.



Masa utk makan hehe....so masa ni lah nak borak2 dgn org2 yg keje dalam bidang yg sama tapi cabang yg berlaianan....tapi tu lah kebanyakkannya org2 tua yang teras masyarakat je yg ada.yg muda pun aku n mamat dr miri je yg lain huhu borak pun mcm org2 duk dalam meeting.lawak yg formal ....tensen gua....


Tu lah yg aku wat selama 3 hari.aku upload pic dr malam td tapi internet slow,masuk opis petang baru dapat wat ni....

sori ted baker hehehe baru ada masa :)


adios

Sunday, August 10, 2008

Wajah Kesayangan Hamba

Aku nak cite banyak benda sebenarnya,misalnya aku g tgk SUSUK pada 08.08.08,filem melayu ke 3 aku tgk selepas Laila Isabella & Anak di pawagam.....

Tapi oleh krn aku dah lama x balik kampung tetiba aku teringat kat adik2 aku yg lama x jupe.aku rasa masa aku keje kapal lagi kerap aku balik umah dr aku keje kat langkawi ni.kesian anak saudara aku yg duk tertanya2 bila lah pak anjang nak balik kan....uuuummm tgk pada roster aku yg padat,ketat n sendat mcm tu mahunya raya je aku leh balik kampung.

Aku saje je nak tunjuk ahli keluarga aku coz bila org tgk aku soalan yg akan terpancul....sume ahli keluarga putih ker???so aku nnt x yah nak jawab lagi dah ye..tgk n nilai lah sendiri,muka kami adik beradik pun tak sepesen huhuhu....

Ni lah bonda kesayangan hamba hehehe..tapi aku dah edit sume pic lah coz aku baru belajar cara nak mengedit pic kasi cun...muka ayahanda aku x lah coz dah 14 tahun meninggal.kalau nak scan muka lama2 leh lah tapi mana lah aku bawak sume tu.dah menjadi ibu tunggal selama 14 tahun bg aku bkn jangka masa yg singkat.menjadi balu ketika berusia 38 tahun!!! x yah lah aku nak cite jerih pedih nak besarkan anak2 coz sampai saat ini pun dia tetap bekerja.bg aku plak aku bantu sedaya upaya aku coz tahu dah tanggungjawab aku.

Kak long aku,banyak luahan aku cite kat dia ni...peranan seorg kakak sulong dia pegang sampai sekarang.di samping anak2 yg makin bertambah yg memerlukan perhatian tapi family x pernah dia nak abai...kalau lah aku ada jiwa sekuat dia ni.huhuu x lama lagi aku akan bertambah lagi sorg anak sedara...

Kak Ngah aku,antara yg banyak menolong adik2.antara kakak aku yg garang lah.masa aku kecik2 dulu selalu lah aku kene tibai dgn dia ni...bkn sikit2 dia bagi leh bengkak woooo.garang dia ni dah kureng sikit tapi anak2 dia tetap kena jugak....tapi pe2 pun anak2 dia ni sume pandai2.

kak Na aku,dia ni sensitif sikit hahaha aku masa zaman2 sekolah rapat lah dgn dia coz 1 sekolah.dia ni penolong ketua pengawas aku plak kaki ponteng sekolah memang sesuai hehehe..dah lama aku x sembg dgn dia ni rindu plak :)

Ni sani & kudin...2 adik di bawah aku yg mempunyai kerektor yg aku sendiri x leh nak ikut.sorang dah keje kat kelantan yg sorg lagi masih study kat bandar baru damansara.so aku lah yg support dia ni walaupun x banyak tapi berpadanan lah dgn gaji aku kan?akhir tahun ni insyaallah dia akan abis study....

Ni Mek Ah nama kat umah lah hehehe akhir tahun ni jugak abis diploma kat melaka.katanya nak keje dah,x mau sambg degree.bg aku plak baik sambg coz leh lah keje yg syok sikit...keras kepala yg terlampau.dgn dia ni baru aku tahu feel perempuan coz suka memberontak sejak kecik lagi.jgn di marah coz kalau di marah jgn harap dia nak dgr...sbb tu aku lebih suka bersembg dgn dia ni.kakak2 aku yg lain dah surrender dgn perangai dia ni tapi dgn aku ok je.mungkin masa tu dia bdk2 kot..jiwa remaja katakan

Saibah dr kecik aktif sukan terlampau,masa kecik dulu x langsung ciri2 perempuan,seingat aku dia ni je main bola sepak dgn budak2 lelaki kat kg aku.sekarang ni duk lower 6 kat sekolah kg aku ...result ok lah tapi saje aku suruh masuk lower 6.
Zulin plak aku x tau lah nak jd pe dgn dia ni...pelik tapi benar hehee.form 4 la ni dan mengalami masalah remaja lelaki yg mungkin teruk.aku dgr cite dr kudin aku je coz aku ni leh col je...masa cakap dlm phone ok je tapi perangai sebenar mana aku tau.


Ni plak adik bongsu aku che su,memang x banyak cakap lah.tanya 18 patah lum tentu dia nak jawab...abis2 tersengeh.kalau kita duk marah dia duk tersengeh2 mcm tu ada lah yg kene maki huhuhu...sekolah agama rakyat sekarang ni...bab Al quran aku surrender lah .mie aku pun dia leh ajar pe lagi aku yg baca pun tersangkut2 ni.

Tu lah family aku...dah lama kami x berkumpul sampai aku sendiri x ingat bila tarikh kami sume ada kat umah.raya pun belum tentu menjamin yg sume leh balik.sbb tu kami x pic family coz masing2 hidup merantau.seingat aku lah,kami sume akan keluar dr umah bila umur 18 tahun.aku n sani je lah wat masa ni cuti x menentu...

ok lah,dah nak bersiap nak g k.l plak.pagi ni jugak aku akan ke k.l utk training PFSO di port kelang.mlm td x leh tdo plak kan...

adios.....

Friday, August 8, 2008

Sambutan Jubli Emas 50 tahun Pemerintahan

Kat langkawi sejak 2 hari lepas Sultan kedah wat Jamuan Bersama Rakyat lebih kurang macam tu lah bunyi nya.....aku ni bkn biasa mana pun join kerabat di raja makan ..ops pembetulan bukan biasa mana tapi memang x pernah join pun.Oleh krn ada peluang so aku pun p lah dgn member aku ni.

Pic ni kecik coz aku amik dalam org nya web,aku x leh nak mendekati Sultan coz ramai sangat pengawalnya.so tgk dr jauh je lah.....

Ni je pic aku yg sempat aku snap b4 bateri aku kong....x ke haru biru tu.dah x rezeki nak wat mcm mana kannnn.Baju ni pun baju si hairul aku pinjam...aku ni mana lah ada baju batek.masa duk Alam dulu ada lah baju batek tapi lambang sauh je hehehe.


Ni lah hairul,kawan aku yg ada kat langkawi ni.dia pun mcm aku gak ,merantau ke negeri org demi sesuap dan sesenduk nasi supaya menjadi seperiuk nasi hehehee jgn marah ye Mr & Ms EQ nnt cepat tua.dia ni lah yg ajak aku datang,aku yg memnag dah lama nak kawen dgn anak raja ni cepat2 bersiap walaupun kami sampai setengah jam lambat.


Ni lah kad jemputan dia,utk Jabatan Penghilitan Daerah Langkawi.sebenarnya jemputan mkm mlm tu utk goverment staff je tapi sbb aku ni yg jenis x tau malu bantai p jugak.

Ni satu hal lah,ada ke mcm ni pinggan n cara hidangan mkn dgn Sultan.mcm aku nye pinggan zaman sekolah rendah dulu je.tapi oleh krn org bg kita pun makan je lah.Lauk2 pun simple2 je....ayam goreng berempah,ikan masin,gulai daging bersama rebung,kacang panjang goreng,sambal belacan n ulam ulaman.aku x mkn mana pun coz kenyang tgk org2 yg ramai hehehe

Ni lah antara kawan2 semeja dgn aku,sume cikgu2 sekolah.keramahannya membuat aku jd pemdiam plak.tapi sempoi lah coz memang jenis x tahu malu.mintak aje lauk tambah walaupun waitress dah cakap yg leh tambah cuma nasi dan air je.gamat suasana meja tu coz member aku pun banyak cakap....org kerajaan kannn....



Photobucket

Diantara suasana dalam Dewan Mahsuri,aku ada lah snap a few more pics tapi x chantek pun.so yg chantek2 je lah yg aku masukkan kat dalam ni.


Ni 1 lagi aku snap dgn hairul,yg lain sume x jd coz aku x reti pakai camera hairul.aku balik awal mlm tu coz aku keje mlm plak.tapi tu lah kenangan b4 masuknya tarikh 080808 hehhee.


Pic dalam ni sume aku dah edit,x tau lah jd ke x jd ni tapi at least aku try wat kan hehehe



adois

Kisah antara aku dan dia...

Sebenarnya nak wat entry untuk jubli emas sultan kedah tapi aku amik sempena 080808 hari ni,so aku nak cite benda yg aku x pernah cite kat org kecuali kawan2 rapat aku je.oleh krn benda ni dah jd sejarah aku rasa x salah untuk aku tulis.kalau jiwang2 sikit jgn marah nooo.

Pic ni di ambil 19 january 2007 masa ni kapal aku masuk wellington,nz.dan ni lah kali pertama aku masuk wellington sebenarnya.Biasanya susah kapal nak masuk sini coz permintaan lebih ke Auckland,Napier,Lyttelton n kadang2 Tauranga.walaupun Wellington ni ibu negeri tapi entah pe silap nya kan....

Masa duk jalan2 tu lah aku terpandang awek ni yg pakai tudung keluar dr kedai baju,aku yg duk excited jupe org malaysia ni terus lah tegur walaupun sebenarnya aku susah nak tegur org yg duk overseas ni.bkn pe banyak kali sgt yg leh study over the seas ni buat x reti je bila kita cakap melayu.kalu dah dasar melayu makan belacan x kan hilang lah muka melayu tu kannn...aku rasa dah ramai dah bdk2 malaysia yg buat2 bkn melayu kene sound dgn aku.hehheee jahat kan mulut
aku.

Tapi dgn minah ni lain plak coz ramah tamah sangat duk layan kami ber5 lelaki melayu ni.so kira ok lah kan.sume 1st time datang ,kenal plak student malaysia yg peramah.dia siap2 bawak kami jalan2 kat area welly tu.mcm2 tempat lah dia tunjuk.yg pic tu kami amik dalam muzium...

Ni 1st pic aku dgn dia,masa ni kami macam yg lain2 lah x pe2 perasaan pun.aku x mintak pun no hp dia n dia pun x mintak no hp aku.yg banyak duk sembg dgn dia masa tu pun Chief Steward aku lah,aku just sembg2 mcm tu je lah coz asyik duk bergambar.Pastu aku jupe dia utk 2nd time masa kapal masuk plak bulan may tapi aku lupa tarikhnya.masa tu kot aku berkenan kat dia coz cara pembawakan watak dia jauh dr family wat aku suka.walau duk jauh tapi tatasusila dia jaga.

Aku balik kapal tapi dia masih lagi study kat sana,kami berhubung just thru email.col?? aku x pernah col pun.ym pun kadang2 coz perbezaan waktu malaysia n nz 5 jam.Akhirnya dalam email gak aku cakap aku suka dia hehehe masa tu duk gatai mereela lah nak bercouple,tapi aku tekad lah kan coz bkn senang org nak terima kita.tapi alhamdulillah dia terima aku jgk.


Ni aku jupe dia masa aku dah keje kat langkawi...amik cuti semata2 nak sambut befday dia on february tapi aku x leh amik pada hari lahir dia lah coz jadual keje yg x leh nak celah.masa ni lah yg aku rasa hepi bangat coz ye lah ada org suka kita hehehe

tapi tu sume dulu lah coz sekarang,aku kembali solo.aku terima segala keputusan dia dgn redha.mungkin silap aku kot coz x pandai meluahkan pe yg bermain di fikiran aku."perempuan tak di minta di fahami,tapi di minta di sayangi" dialog ida nerina dalam SEPET.so mungkin silap aku coz cuba utk memahami dia.....

Aku rasa dia bahagia kot sekarang ni,bahagia dia bahagia lah aku kan...if u love someone just let it go,if she come back,she's yours but if not it's never was....aku pegang kata2 ni lah.

Dia ni org yg kedua aku suka sepanjg aku hidup ni,yg pertama kawin masa aku belayar dulu...aku suka minah tu masa aku 17 tahun.aku suka dia ni masa aku 27 tahun...nnt aku kawin umur 37 tahun kot hehehe.

Ok lah saje je nak tulis ni coz sebagai tanda ingatan aku terhadap dia yang aku suka dia ....dulu kini mungkin selamanya....bg aku sekali aku ucap sayang ia akan tetap kekal sampai bila2.....

adakah aku pernah melafazkan sayang pada yg lain????hehehe Biarlah Rahsia

adios utk episod jiwang....