Thursday, June 18, 2009

Secebis Kasih Sayang..


Assalamualaikum...

Tajuk mcm menarik + jiwang kan tapi tetaplah muka aku yg duk interframe kat atas ni hehehe pe yg aku nak cite kali ni just aku copy and paste kan kat dalam blog aku.email ni aku dapat dr member sekolah aku.1st time aku baca sungguh terharu kalau korang rasa nak baca sila lah ye..panjg sikit tapi sabarlah coz intipati dalam ni penting.

mungkin jugak pe yg dia alami ada sedikit sebanyak pe yg aku alami sbb tu aku rasa nak postkan benda ni utk kenangan aku.

So silalah baca .....

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu
hari,untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis
ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding.
Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.
Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil
mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya
sambil berkata, “Saya yang ambil!”
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan
dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.
Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis punairmata adik tak tumpah.Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan
kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”



Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik
Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah.
Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.




Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula
ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di
ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.
“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung
wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik.Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
“Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan
kamu, ayah akan lakukan!”“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,”
aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”


Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.
Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada.
Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..
“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”Apa lagi yang saya tahu selain meraung.
Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa.Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
“ Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni.
Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.
Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi.
Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa
orang lain kata.”Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu
.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis
pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap.Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan
simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja
keras.” Apalagi…aku menangis seperti selalu.



Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun.
Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
ada.”“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya.Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah
tiada.Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis
bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”
Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas
menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke
sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal.
Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan
memberikannya pada saya.Dia berjalan dengan sebelah kasut.
Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan
calar-balar.”“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri.
Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu.
Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.


“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita
dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”


Jgn nangis dah lah ye hehehe so tanyalah diri anda sekarang mampukah jd seperti adiknya tu???atau anda rasa cukuplah pe yg telah anda bg pada family anda selama ni??Tepuk dada tanya lah diri...


adios...

Wednesday, June 17, 2009

MV Alpha Shield aka ex Pro Shield


Assalamualaikum...

Ni edisi malas nak updated....so aku letak pic je lah.sume ni org yg duk atas kapal,x yah nak berkenan lah coz kebanyakkan dah kawin yg lom kawin ada 4 org je ..




Capt kapal


Ch. Officer Pok Nik n 2nd Engr Suria Kencana


Chief Engr n 2nd Engr



3rd Engr Khair



3rd Engr Najib



David n Zaki


Zaki n Salahuddin



Redwan N Bosun Wak Den



Abg kesepian Do Re Mi


Cook Din



Francis


Ok takat ni je next time aku letak pic kapal plak...


Adios

Tuesday, June 16, 2009

Malas


Assalamulaikum....

Dah lama x updated blog ni , sbb pertama broadband wat hal .... haru biru jdnya coz lama sgt x leh nak on9....yg kedua hehehe biasalah malas menguasai diri.

Aku masih kat kapal lagi,dan kapal pun masih kat Keppel lagi aku pon x tau lah bila lah nak blah dr sini.kalu dah lama2 sangat duk kat darat ni bosan gak,walaupun gaji jalan mcm biasa tapi kepuasan tu langsung tiada....

Nnt lah aku cite panjang lebar hehehe



Yg pasti aku nak ucapkan Hepi befday kat Kak Ngah aku yg sambut befday yg ke 34 hari ni...kek ni je leh bagi hehehe kalau ada umah masa ni leh lah bg yg paling atas tu ,lagi 2 tingkat tunggu another 2 years lah hehehe.

Semoga panjang umur di murahkan rezeki dan berbahagia hendaknya...amin



Tengah hari td gak aku dapat msg dr batchmate aku Zainal Nizam yg mana isterinya selamat melahirkan anak yg kedua...Harap yg kedua ni di panjangkan umur krn yg pertama hanya sempat bernafas di bumi Allah ni sehari aje.





Ni lah batchmate aku n isterinya Miza masa datang Honeymoon yg kedua mereka di langkawi.


Dahlah aku tulis yg lain nnt2 plak hehehe

adios

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru 2009

Selamat hari guru buat guru2 walau di mana jua berada.Sori lah aku wish lambat coz lately tersangat bz tapi mulai hari ni aku harap akunye kerja leh di ringankan di sbbkan dah ada assistant utk aku wat keje hehehe.....
Kalau zaman2 sekolah dulu,selalu lah dgr guru umpama lilin yg membakar diri utk org lain....tapi masih relevan lagikan ungkapan tu????aku x jawapan utk soalan tu coz status aku bkn guru.pe jua jawapan anda aku percaya setiap jawapan yg anda bg pasti ada sbb dan alasan tersendiri.
Semasa aku masih lagi dgn MISC Berhad,setiap kapal yg aku naik akan ada at least sorang cadet...training b4 masuk kelas utk amik 3rd class certificate....setiap cadet haruskan habiskan seatime selama 12 bln utk attend next class.Kalau zamanaku dulu seatime selama 24 bln huhuu






Pe yg aku nak cite kat sini,masa duk di atas kapal setiap cadet ada task yg tersendiri yg mana kene completedkan sume task b4 balik ke ALAM.So di sini lah aku merasa mcm mana jd seorg guru hehehe...ni lah cadet pertama aku ...Azali namanya org miri.Aku wat mcm kawan je lah coz x reti nak ajar mcm cikgu ajar hehehe sampai sekarang masih lagi ok dgn aku.dah berjaya jd 2nd officer kat kapal pucau mana aku pun x tau ...



Razieman ni org johor...cadet aku yg jiwang karat ...layan je lah tapi yg aku musykil mak ayah dia benarkan plak dia ni belayar walaupun dia ni anak tunggal...dah belayar last month dan 1st time nak jd jr 3rd officer...jgn di tabrak kapal org dah ....


Aku lupa nama penuh dia tapi aku panggil Ijat je lah...antara yg aku takut kalau belayar dgn dia coz sume ok je....Walaupun fishing boat penuh dia leh lagi bersembg2 huhuhu tapi sekarang dah lulus exam.friendly speaking lah aku pon heran mcm mana dia leh lulus....masih lagi x belayar tapi MISC masuk duit tiap2 bln coz sekarang krisis ekonomi jd banyak kapal x jalan.



Tarmizi hehehe panas baran sungguh,kalau dgn aku kat kapal mcm nak melekat je kat aku .Kadang2 rimas pun ada coz tiap kali sampai port nak ikut aku ish3 tension tapi sekarang dah pas exam...tunggu naik kapal je lagi.



Ni Peng dan syuk .... masa naik dah jd senior cadet so x banyak kerenah lah.Syuk dah naik kapal dah tapi peng aku x dapat nak kesan...mungkin dah blah gak kot dr misc.


Cadet aku yg paling banyak problems....suria azhar yg pakai overall kuning ...mati kutu aku di buatnya.Nak marah kesian tapi x marah makin jd2 huhuhu..tp alhamdulillah dia dah jd jr 3rd off tapi sampai sekarang cite pasal dia masih lagi org cakap.
Tapi pe pun perangai dah ragam diaorg aku bangga coz setiap dr meraka yg aku pernh ajar akan col aku dan cakap " 3rd...sy dah lepas oral dah...1 shot je "
Bila dgr je ungkapan ni aku rasa bangga sungguh coz selama duk atas kapal aku ajar,aku denda,aku marah berbaloi...non of them simpan dendam dgn aku hehehe
Pe yg aku nak cakap kat sini terutama kawan2 aku yg duk jd cikgu sekarang ni...mmg susah tapi tu akan jd kenangan paling manis coz kita didik anak bangsa kita dgn ikhlas.

kepada Husna selamat hari guru yg pertama .... melentur buluh biar dr rebungnya.Kalau ikhlas dr jiwa kita nak didik anak yg seagama,sebangsa insyaallah Allah akan sentiasa tolong kita.(sori x mintak approval pun siar pic ni)



Kepada Dayah...selamat hari guru n thanks 4 the befday wish hehehe.Kalau garang sekarang x pe coz nnt budak2 tu akan faham gak cuma bersabarlah ye...Jgn marah siar pic ni ye :)

To Ha selamat hari guru....aku pasti pengorbanan mung berjauhan dgn family akan berbalas.
Panjangnya aku tulis coz kalau tulis pendek2 x puas hati plak.Tu je lah utk kali ni sampai jupe lagi next time...
p/s : Selamat Hari Guru jugak wat Abg Eq dan Kak Maili :)
adios....











Monday, May 11, 2009

Happy Birthday To ME


Hepi befday to me
hepi befday to me
hepi befday to kerol hepi befday to me
wakakakakaka

Aku nyanyikan lagu utk aku sendiri hehehe x pe lah coz umur 29 tahun sekali je datang seumur hidup kita ni .Aku dah nak tulis semua ni masa abis je sambut befday aku tapi hari tu tersangat lah bz so x sempat nak wt pe2 pun.

Thanks a lot kat sapa2 lah yg duk kirim sms,email,col n x lupa jugak yg hantar thru Tagged.com,myspace ,facebook dan aku lupa nak check aku nye friendster huhu.



Thanks jugk kat chief cook (bahauddin)aku yg duk bersusah payah wat kek utk aku hehehe,aku hajat nak makan utk member kapal je x sangka plak yg dia ni dah jemput sekali dgn kontraktor n pekerja shipyard sekali ....

Bergema kapal aku org nyanyi lagu hepi befday utk aku wakakaka x pernh seumur hidup pun aku sambut siap dgn tiup2 lilin bagai.Mujurlah pg tu bos aku x attend meeting so aku pulun wat kuih dan duk on9 kalau x jgn harap nak bersenang lenang duk kat dapur waktu keje.



Ni waktu tiup lilin hehehe....siap aku wat wish lagi tu tapi pe yg aku wish tu ...biarlah rahsia hehehe




Ni david anak sukam org sarawak ....saje je nak letak pic dia coz org kapal pun ada bca blog aku :)




Antara yg dtg lah ada lagi muka diaorg tapi x mau lah menyemak kan dalam blog aku hehhee.




Pe pun sepanjg aku meniti perjalanan aku selama 29 tahun ni terlampau banyak pengalaman yg aku lalui....pahit maung manis sume ada yg x akan sama dgn apa yg anda sume lalui.Dan bkn mudah sebenarnya menjdi aku ni...ada sedih dalm ketawa,ada hiba dalam senyuman....

Kalau di tanya apa yg aku capai sepanjg umur aku ni???ntahlah coz bg aku,x apa yg leh aku banggakan.Coz sebgai makluk Allah aku kdg2 tersasar jugak dr landasannya,sebagai seorg anak aku masih lagi x mampu nak membahagiakan mie aku,sebagai abg aku masih lagi x mampu nak tolong sume adik2 aku,sebagai sahabat aku rasa aku ni x leh di jadikan tauladan dan sebagai kekasih(ada ker??) aku pasti aku mengecewakan org dan mengecewakan diri aku sendiri.

Apapun aku x pernh serik ingin berubah dr buruk kepada yg lebih baik....


adios.....