Wednesday, December 16, 2009

Entah Lah.........


Assalamualaikum....

Hari ni aku nak luah rasa sket lah...poyo pun poyo lah yg penting ...ada aku kesah??? wakakaka...dah lama aku cuba nak luahkan benda ni tapi mungkin sbb keadaan yg x mengizinkan jd aku pendam dulu.

Dalam sedar x sedar kita semua ni mesti ada masalah yg mana cuba nak selesaikan dgn cara yg tersendiri,seboleh mungkin pe jua masalah kita, cuba kita selesaikan tanpa melibatkan org lain.tapi adat manusialah mana mungkin kita leh selesaikan semua masalah.Dan tetiba kita akan jupe jalan buntu aka jalan mati.


Sehari2 kita akan berdepan dgn pilihan...pilihan yg pasti akan mengubah masa depan kita.krn segala keputusan yg kita buat mungkin no turning back...jalan sehala.seboleh mungkin segala yg kita putuskan,akan membuatkan semua org dan diri sendiri akan gembira tapi kebarangkalian tuk semua gembira tu ada lah nipis.semada kita yg gembira atas penderitaan org lain atau pun kita derita utk memberi kebahagian pd org lain.


Ada yg cakap,pe di fikir akan org lain yg penting hati kita gembira,jiwa kita tenang dah lah,betol gak tu...tapi hepi dan tenang ke kita bila melihat hati yg lain gundah gulana krn keputusan kita.Selagi kita hidup selagi tu lah aku rasa kita x akan jupe di mana betulnya keputusan kita.Life like a gamble...kita cuma nekad mgatakan pe yg kita pertaruhkan tu betul tp belum tentu betul....


Ada masa dan ketikanya kita teragak2 nak membuat keputusan,dlm hati duk terpikir "betol ke ni??"...mcm kita bawak kete lah...jalan makkk aaaiii banyak betol simpangnya kalau salah masuk ntah jupe ke tidak tempat kita nak tuju,kete yg duk kat belakng asyik duk hon je...bila salah masuk kita pun duk salahkan kete yg belakang td...krn dia hon lah kita x leh nak pk dgn teliti..tp pokok pangkalnya kita yg salah awat lah x baca sign dgn betol x pun tgk gps ke...mcm tu lah hidup kita.....


Jd pe yg nak aku sampaikan di sini yg membuatkan cite ni panjg lebar ialah....setiap dr kita ada masalah, samada besar kecik sedang ke tp semua org ad masalah.cara nak setel masalah ada lah hak individu sendiri...jgn asyik komplen pe jua keputusan yg org lain buat krn mungkin bg dia,tu ada lah yg terbaik bg dia pada saat dan ketika tu.

Tp andai kata kamu adalah sahabat maka mainkan peranan krn manusia yg bermasalah hanya nampak jalan yg di depan mata tanpa memikirkan jalan alternatif yg lain.jgn mendesak utk mgikut cara org lain tp cukuplah mgatakan pe jua yg dia putuskan..."aku sentiasa di belakang kamu".


Andai kamu yg bermasalah ataupun kamu adalah sahabat,perkara pertama yg perlu di pikir ialah,cuba letakkan diri kamu di tempatnya.jgn cuba membuat perbandingan antaranya krn hatta kembar sekali pun tetap ada perbezaan.

Kita yg bermasalah ingin sekali cr jalan yg lurus lagi tenang bg yg muslim solat adalah jawapan segalanya.insyaallah kita ada damai di situ,Allah tidak akan bg kita ujian yg mana kita tidak akan dapat tanggung.Ujian ni di beri sbb Dia sayangkan kita...uuummmm senang utk di ungkap tapi terlalu sukar utk melaluinya..


Sekarang aku rasa,tahap merapu aku dah parah dah hehehe....good luck utk diri aku sendiri.

Adios.....

Monday, December 14, 2009

Rumah Keterbukaan.


Assalamualaikum....

Pendek je aku nak tulis coz benda flash back kan hehee....ni pic aku g umah terbuka SAPURA area sri kembangan kot ke pe nama area tu????

Housemate aku n member2 opis dia ajak aku ikut skali,aku ni bab makan2 ni jalan je lah...dgn x malu dan dgn slambernya aku g makan2 wakakaka


Faiz


Dila

Eziwan


Dayah


Tgk pe yg aku makan.....x muat meja nak letak.



Makan lagi....jgn hirau kat sapa2


Upin dan Ipin pun ada...aku x hirau pun coz duk layan makan yg maha banyak dan sedap.pe lagi ada air cendol..aku amik 5 mangkuk beb.


Ni gaya pas kenyang....ntah pe gaya aku pun x tau tapi gaya dia sama dgn anak saudara abg ngah aku...

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Masa dia wat mcm ni sambil cakap "snap my pic k...i wanna be ultraman"....fasih cakap omputeh,gebu n comey plak tu.

Adios.....

Sunday, December 13, 2009

Bertamu Di Kalbu




Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

Assalamualaikum....

Tetiba jiwa kacau aku datang pagi td,mungkin sbb hari ahad kot so aku nak relax,x mau tgk keje yg duk menunggu aku saban hari dan masa tu...masa duk layan video clip dalam youtube ni tetiba aku dgr lagu ni,walaupun sedap tapi syg x leh masuk dalam final list Juara Lagu coz Jac dah silap lirik.

Kalau sapa yg suka satera ataupun jiwa jiwang karat tahap gaban aku rasa mesti faham lagu ni hehehe aku x berapa nak faham coz terlalu lah simbolik.tapi 1st time aku dgr lagu ni aku rasa mcm dekat je dgn aku.mungkin cara Jac nyanyi lagu ni wat kita nak dgr pe yg dia cuba sampaikan.

Selamat berdgr dan menyanyi dgn Jac lah...selamat berhujung minggu.

Adios...

Saturday, December 12, 2009

Umai


Assalamualaikum....

N3 kali ni aku nak bg cara wat umai...walaupun asal benda ni dr sarawak tapi aku x belajar pun dr org sarawak tapi dr org kelantan...Ni member kapal aku since aku cadet lagi lah.Masa aku praktikal kat kapal MT Bunga Melawis 2 dia jd pumpman aku.Dia singgah umah aku masa dia off kapal Inai Tulip dr India.

X susah pun nak wat benda ni coz x yah pegang sodek senduk ataupun takut badan bau minyak menggoreng hehee..yg pasti sume ni ada ...leh jalan daaaa


Yg pasti kene lah ada udang segar ye...coz benda ni kita x masak nnt kalau pakai udang yg lama sakit perut plak...kita amik isi udang je,kalu rasa perut tu besar beli lah 1 or 2kg ,tapi aku wat ni x sampai 1kg pun.


Pastu kene ada bawang merah,jgn letak bawang besar plak coz nnt x rasa manis,kalau nak lg sedap guna lah lesung penumbuk tp dek krn aku duk umah yg moden wakakaka sume tu aku x , solutionnya aku pakai blander je.jgn letak air banyak,2 3 sudu pun dah ok.


Limau kasturi mesti lah banyak,jgn pakai limau bali ke limau sunkist ke coz sume tu x akan menjd.kalau nak sedap lagi banyak lagi sedap.


Benda ni mesti lah pedas agar nnt bila makan x lah hanyir.guna lah cili api,kalu kat area aku dia panggil ni lada marang.potong halus2 mcm ni lah coz nnt kita akan rasa hangatnya.Tu je lah bahan2 yg nak kita pakai....


Amik sume bahan2 yg kita wat td,pastu masuk dalam 1 bekas,make sure air perahan limau tu menegelami(tol ke ayat ni????)udang2 tu.


Last sekali baru masukkan cili api aka lada marang....gaul hingga sebati.Kendian biar kan dlm 20 minit supaya udang td betol2 masak.Acid pd limau ni lah yg akan masak kan udang td sbb tu kita x yah nak masak.


Maka makan lah anda dgn bacaan bismillah ok???bg yg alah dgn udang atau perut x tahan pedas dan masam ...benda ni just not for u ok....

Kalu pe yg aku wat ni salah,mintak maap le ye coz ni lah cara yg org ajar.

adios........

Friday, December 11, 2009

Cantik ....

Assalamualaikum...

Lama dah x tulis pasal motivasi diri,so kali ni aku amik dr kata2 dr HM Tuah Iskandar.Antara pakar motivasi yg hebat di malaysia ni...selamat membaca!!!!

"Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan
anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan
misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan
memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan
menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut
dimabuk-mabukkan.

Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk
mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan
ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.


Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia,
padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi
kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada
wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang
popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara
manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada
orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang
menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada
orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang
hitam.

(pelakon korea yg cikgu wiween minat hehehe)

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang
merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada
orang menganggap bibir yang nipis itu cantik
tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia
yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang.
Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher
masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian
masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang
lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini.
Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di
mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar
dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu
susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik
di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi
mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada
bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap
sesuatu perkara.

Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum
bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan
yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini
dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak
cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau
keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh
badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu
iman yang teguh, kukuh dan padu.


Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita
tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap
cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan
memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan
anda yang menampani.

Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak
sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin
mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang
sepuluh juta itu.

Andai hidup punca perpisahan,
biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan,
biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.
~Iman~

Aku x edit pe2 pun yg dia tulis,so dr itu mari lah kita bermuhasabah diri...mmg kadang2 manusia x pernh merasa cukup pe yg dia ada sehingga lah sudah terlambat utk mgetahui apa yg dia pernh ada adalah sesuatu yg amat beharga.

adios...