Monday, March 2, 2009

Aku yg ntah pe2 ntah


Assalamualaikum......

Dah bersawang blog aku ni coz dah lama x menulis,bkn x nak menulis tapi suasana dan keadaan yg membuatkan aku x masa nak mengumpul bahan utk menulis.terlampau banyak yg terjadi sejak last entry yg aku wat.apa yg nak aku sampai kan kali ni pasal diri aku ni lah.kadang2 betul lah pe yg org cakap....org yg banyak senyum tu lah sebenarnya mempunyai 1001 masalah.



Aku rasa dalam dunia ni manusia mana yg x masalah ada lah manusia yg memang bermasalah huhuhu kalau x faham x pe lah abaikan je.masalah yg menimpa manusia ada bermacam2 jenis,x akan sama masalah kita.dah di tentukan oleh Allah Taala yg setiap manusia tu akan di beri ujian yg mana setiap ujian tu adalah setanding dgn kekuatan manusia tu sendiri.Miskin pun ujian kaya pun ujian,senang ujian susah pun ujian.Senang cite kalau bab masalah ni macam2 adaaa...


Perjalanan hidup kita terlampau panjang....sejak merangkak hinggalah bertongkat kita x akan terlepas dgn dugaan dan ujian.samada kita kuat atau lemah semuanya terpulang pd diri kita sendiri.berjayakah kita???,gagalkah kita????tepuk dada tanyalah iman coz kita semua mempunyai iman cuma setebal mana iman kita akan menjd cermin utk menilai siapa kita.sepanjang perjalanan hidup kita ni gak,ujian akan datang sepanjang jalan.sedia atau tidak.....suka atau tidak..ujian pasti akan datang.seiring dgn ujian akan datang penawar pengubat luka,penawar yg akan menjdkan kita kuat,tabah,cekal serta berani.


Penawar tu mungkin datang dr keluarga,sahabat handai ataupun kekasih.tapi mcm kata sang pujangga ..dalam manisnya madu terselit jua pahit hempedu.penawar ni ibarat madu lah,akan jd ubat kalu kene caranya tapi pasti akan menjd racun kalau salah penggunaanya.susah bg kita sebagai manusia yg kerdil hendak menilai dgn mata kasar akan kebaikan org tu akan terselit dgn agenda.entah lah susah hendak menterjemahkan dgn kata2 krn sifat manusia pun terlampau komplexs.

Hidup kita gak mcm bawak kapal,kita dah setting utk sampai ke tempat tujuan dgn jayanya tapi dalam pada tu kita mesti ingat akan adanya angin, leeway dan current.kalau kita lupa utk memastikan semuanya okey , maka akan terjadikan mcm francis light yg nak ke colombo tapi terpesong hingga ke penang.tapi sekarang ni ramai yg dah dari awal setting x betul,maka akan cacat lah seluruh perjalanan....


Korang mesti boring kan baca ni hehehe tak pe lah aku saje je nak luahkan rasa hati aku dalam ni,aku rasa mcm hidup aku ni kelam sangat,kadang2 x nampak jln yg ada di hadapan.keadaan sekeliling membuatkan aku bingung,aku jd sendiri dalam ramai,aku jd bisu dalam bising.Melangkah ke kiri x betul melangkah ke kanan x kene...rasa mcm nak menjerit tapi suara mcm tersekat kat kerongkong je.rasa je nak war2 kan 1 dunia yg aku sakit tapi sakitnya hanya aku yg rasa,nak cakap kat dunia yg aku sunyi tp aku di kelilingi oleh 1001 kenalan.


Tapi mungkin salah aku jugak kot setiap kali aku mengikrar sesuatu pasti aku dgn mudah akan melanggar pe yg aku ikrar kan.Umur dah makin meningkat tapi aku rasa menteliti aku masih di tahap yg lama,masih lagi di awang awangan,masih lagi x berpijak di bumi yg nyata.

Aku amat berharap sangat yg tahun 2009 ni dapat membawa aku ke arah yg lebih positive tapi ntah lah coz awal2 tahun lagi dah berkecai ....lebur ..hancur...tapi bila pk2 balik x yah lah nak tunggu awal tahun ke awal bulan ke awal pagi ke yg penting untuk merubah ke arah positive ni x yah lah nak tunggu sampai esok ,sekarang pun kalau kita nak berubah boleh aje.

oleh itu lah aku rasa wajar lah aku berubah kan???aku harap pe yg aku dah langgar baru2 ni leh aku perbaiki lagi coz kita ni manusia yg lemah tapi insyaallah kalau nawaitu kita betul Allah Taala pasti akan tolong kan?


Sakit kepala gak lah nak pk benda yg x pasti tapi kalau x perancangan sah2 lah kita dah tempah utk gagal...Bagi lah aku masa 2 tahun insyaallah aku akan buktikan yg usia bkn penghalang utk aku berjaya.

Jgn marah kalau baca ni ye,bosan kan???x pe lah dah lama x membebel so kali ni nak lepaskan pe yg tersemat dalam hati ni.Kepada kawan2 aku yg baca ke terbaca ke kalu aku ada wat salah ke maafkan lah coz aku ni pun manusia gak,dan ada lah wajar kalu aku wat silap tegur lah.aku ni bkn nya seorg yg perfect utk sentiasa boleh mgawal keadaan.

Aku masih lagi kat darat wat masa sekarang ni,x jd naik kapal lagi coz kapal kat Korea delay.kepada kawan2 yg aku x contek tu jgn marah ye,bkn lupa pun x pernh lupa kat kawan2 cuma aku nak membuat anjakan paradigma dalam hidup so aku terpaksa korbankan sedikit masa utk memenuhi impian aku.

Insyaallah kalu x aral melintang,aku akan naik kapal next week.salam persahabatan kepada semua.


adios...........

9 comments:

Benedict Bernard said...

ah lawa t shirt tu..

khairul said...

hehehe Ben yg bagi mesti lah lawa

Tinta dari Lembah Kinta said...

Salam Khay,
Mendalam maksud entry kali ni. Apa2pun good luck in whatever u do. Always think positif.

[yAN!e][pUTraJAya] said...

salam khay....
n3 yg sungguh syahdu...
he he he..
tak la..gurau2 jer...

selamat bertugas k

(^_^)

♥Yanie Putrajaya♥
*********************************

noey.rania said...

x boson pun baca entry ni
apa2 pun good luck yerrr

eQbalzack said...

penat pokcik bace entry nih! lainkali direct tu de point...hehehe

khairul said...

wakakaka jgn marah abg eQ,masa duk tulis ni kepala banyak poning lah :)

Teletubbies said...

take care...

radcomneer said...

sahabatku, walaupun perancangan mu tidak terungkai banyaknya,tetapi kita sebagai manusia tidak dapat memenuhi semua kehendak kita sekaligus. mulakan dulu yg lebih penting terutama keperluan kehidupan yang hakiki dari gelojak naluri yang mencari keperluan yang lebih dari hakiki itu. persiapkan dirimu.