Saturday, December 12, 2009

Umai


Assalamualaikum....

N3 kali ni aku nak bg cara wat umai...walaupun asal benda ni dr sarawak tapi aku x belajar pun dr org sarawak tapi dr org kelantan...Ni member kapal aku since aku cadet lagi lah.Masa aku praktikal kat kapal MT Bunga Melawis 2 dia jd pumpman aku.Dia singgah umah aku masa dia off kapal Inai Tulip dr India.

X susah pun nak wat benda ni coz x yah pegang sodek senduk ataupun takut badan bau minyak menggoreng hehee..yg pasti sume ni ada ...leh jalan daaaa


Yg pasti kene lah ada udang segar ye...coz benda ni kita x masak nnt kalau pakai udang yg lama sakit perut plak...kita amik isi udang je,kalu rasa perut tu besar beli lah 1 or 2kg ,tapi aku wat ni x sampai 1kg pun.


Pastu kene ada bawang merah,jgn letak bawang besar plak coz nnt x rasa manis,kalau nak lg sedap guna lah lesung penumbuk tp dek krn aku duk umah yg moden wakakaka sume tu aku x , solutionnya aku pakai blander je.jgn letak air banyak,2 3 sudu pun dah ok.


Limau kasturi mesti lah banyak,jgn pakai limau bali ke limau sunkist ke coz sume tu x akan menjd.kalau nak sedap lagi banyak lagi sedap.


Benda ni mesti lah pedas agar nnt bila makan x lah hanyir.guna lah cili api,kalu kat area aku dia panggil ni lada marang.potong halus2 mcm ni lah coz nnt kita akan rasa hangatnya.Tu je lah bahan2 yg nak kita pakai....


Amik sume bahan2 yg kita wat td,pastu masuk dalam 1 bekas,make sure air perahan limau tu menegelami(tol ke ayat ni????)udang2 tu.


Last sekali baru masukkan cili api aka lada marang....gaul hingga sebati.Kendian biar kan dlm 20 minit supaya udang td betol2 masak.Acid pd limau ni lah yg akan masak kan udang td sbb tu kita x yah nak masak.


Maka makan lah anda dgn bacaan bismillah ok???bg yg alah dgn udang atau perut x tahan pedas dan masam ...benda ni just not for u ok....

Kalu pe yg aku wat ni salah,mintak maap le ye coz ni lah cara yg org ajar.

adios........

Friday, December 11, 2009

Cantik ....

Assalamualaikum...

Lama dah x tulis pasal motivasi diri,so kali ni aku amik dr kata2 dr HM Tuah Iskandar.Antara pakar motivasi yg hebat di malaysia ni...selamat membaca!!!!

"Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan
anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan
misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan
memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan
menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut
dimabuk-mabukkan.

Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk
mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan
ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.


Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia,
padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi
kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada
wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang
popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara
manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada
orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang
menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada
orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang
hitam.

(pelakon korea yg cikgu wiween minat hehehe)

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang
merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada
orang menganggap bibir yang nipis itu cantik
tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia
yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang.
Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher
masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian
masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang
lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini.
Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di
mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar
dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu
susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik
di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi
mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada
bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap
sesuatu perkara.

Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum
bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan
yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini
dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak
cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau
keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh
badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu
iman yang teguh, kukuh dan padu.


Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita
tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap
cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan
memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan
anda yang menampani.

Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak
sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin
mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang
sepuluh juta itu.

Andai hidup punca perpisahan,
biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan,
biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.
~Iman~

Aku x edit pe2 pun yg dia tulis,so dr itu mari lah kita bermuhasabah diri...mmg kadang2 manusia x pernh merasa cukup pe yg dia ada sehingga lah sudah terlambat utk mgetahui apa yg dia pernh ada adalah sesuatu yg amat beharga.

adios...

Thursday, December 10, 2009

Jom Makan!!!!


Assalamualaikum....

Kali ni aku nak cite pasal makan plak...perkara yg sume org suka tapi pas makan ada yg rasa mcm menyesal wakakaa coz niat nak diet tu hilang mcm tu je termasuk lah aku.

Aku dah lupa tempat aku makn tu, tp area KL je lah.aku lupa nak snap nama kedai dia masa mula2 masuk ,nak keluar masa tu dah nak abis maghrib jd terus tuju surau lah.Tp mcm ni lah logo kedai dia kalau tau cakap k...leh g sana lagi.


Member aku yg belanja coz aku ada beli insuran dgn dia.Dia kata aku lah 1st costumer dia so sebagai hadiah dia nak belanja...aku ni bab makan2 ni malas lah nak tolak :)

Ni mula ala2 terkejut lah ...tgk lauk yg sedap2 pastu suasana yg menarik ..hati pun terdetik."x abis kot makan banyak ni"


Yg ni bagus sebenarnya tapi aku x berapa suka,nama masakan dia pun aku x tau.



1st time aku rasa benda ni,sotong masak pekebenda aku x tau yg pasti syokkkk



Dalam ni ada ayam n buah gajus(buoh tere) sekali lagi aku x tau nama dia pe wakaka



Ni aku tau..teh tarik ...member aku punya


Ni aku nye...Lemon Tea with Honey...aku reka namanya


Sedar x sedar kami dah tersandar kekenyangan wakaka habis rupanya aku makan...x pe next time aku makan lite2 je....

Ok lah sampai takat ni dulu..aku nak wat keje coz end of month nye report aku x siap lagi ...utk bln November tu..oleh krn aku nak wat keje maka fb n tagged aku x aktif utk 1 hari...(mati lah ikan2 aku)

Adios...

Wednesday, December 9, 2009

Reunion Geng Skoloh


Assalamualaikum......

Flash back lagi ....aku dapat jemputan reunion geng2 sekoloh arab (malu rasanya nak mgaku sekoloh arab dgn perangai mcm sekarang )wakakaa......wat majlis x formal ni masa raya ke 3 walaupun mlm tu umah aku ada majlis tapi aku g gak lah coz bila lagi nak jupe geng2 sekolah ni..

Kali ni utk geng2 lelaki je lah, tu pun ramai x leh datang coz ada yg x leh cuti ,ada yg balik umah mertua dll lg lah alasanya.ada yg last aku jupe masa paper akhir spm 1997 ..huhu dah 12 tahun tu ...adus betapa aku sudah tuo...

Aku dah tersalah susun pic daaa..x pe lah cont lagi...masa dapat sms tu si planner cakap utk lelaki bujang je,tapi aku dah conpius coz dia pun 2 bln b4 pose dia kawen.tup2 sampai sana aku je yg bujang yg lain ..bapak org semunya...so mula lah sesi aku duk kene kutuk huhu

Member aku yg ni dr kelas lain aku x tau nama dia pe tapi bila sembg baru tau nama dia rosmaili..ada gak kan lelaki nama mcm tu...mcm akak sy je namanya wakaka..


Ni lah the planner nya...cikgu sekarang ni,aku duk sekelas dgn dia masa form 1 je,dia ni pencerita utk cite2 18sx...dasyat banget cite imaginasi dia,jgn bercerita dgn student2 dah lah hehe


Ni dia lah yg duk kumpul org2 coz dia keje kat ganu.senang org nak rujuk cuma cr dia je gerenti lah dapat tahu perkembgan semasa member2 lama.dah 2 anak sekarang ni, yg aku musykil dia kawen dgn member sekolah aku gak tp aku x kenal pun bini dia wakaka betapa aku x bergaul zaman2 sekolah dulu.


Ibrahim namanya...2 tahun jd ketua kelas aku,dia ni kalau sebut nama org siap dgn bin or binti lagi sampai lah sekarang dia leh ingat lagi nama penuh budak2 dalam kelas aku..hebat siiioootttt


Yg depan ni namanya Man Bogel...aku pun x tau apsal leh dapat gelaran tu...masa zaman sekolah dulu dia ni kaki gaduh lah.muka pun mcm menggerunkan je tp sesuai lah dgn keje dia sekarang ..Warden Penjara

Yg belakang tu aku lupa nama dia daaaa....x sekelas pun dgn aku tapi aku rasa dia ni cikgu kot..ramai tol kawan2 aku cikgu kan????


Uraisyiddin...ni lah yg aku jupe last sekali paper akhir spm 2007...jupe2 plak masa aku jual kuih kat bazaar ramadhan baru2 ni.


Hafiz Jalil..kene panggil nama penuh coz kelas aku ada 2 hafiz...dia ni jd cikgu sekarang ni.kawen dgn member sekelas gak..bila masa plak diaorg ni bercinta ek????


Ni weekend husband sekarang ni coz bini dia still study lagi...jd warden asrama kat TESDEC.3 tahun duk sekelas dgn aku..teror gileer bahasa arab...


Rahim..pun bkn dr kelas aku gak..dia ni dr form 1 pandai so duk kelas A je lah.di antara kami yg dtg dia lah yg paling kaya coz keje dgn petronas.Mek jgn tackle ye....anak nak masuk 2 dah wakakaa jgn marah ye :)

Tu je lah takat ni ye,next time pasal member perempuan plak.

Adios....

Tuesday, December 8, 2009

My Lovely Sam Soon


Assalamualaikum.....

Kali ni aku nak wat review drama plak hehehe...kalau cite pasal aku je naik muak plak nak baca.Aku kalau kat kapal jd peminat drama korea lah hehee kalau kat umah x masa lah nak mgadap tv sepanjg hari tapi kalau kat kapal ni banyak masa terluang so drpd aku duk habiskan duit jalan2 kat Kota Singapura ni baik lah aku duk kapal tgk tv..bak kata member aku "mung tak dok duit wak cara tak dok duit "wakakaa

Actually,drama ni dah lama dah tapi aku je baru tgk..pada yg x tgk lagi dan anda adalah peminat cite2 korea ni adalah antara drama yg best banget serta lagu2 yg tangkap lentok.


Ni lah antara pelakon utama yg hebatlah.nak kata perfect tu x lah tp leh lah layan sampai abis coz dialog yg diaorg pakai tu mmg sempoi...aku baca subtitle lah kalau subtitle tu tipu maka tertipu lah aku huhu...pe yg leh aku cite kat sini ada persamaan aku dgn sam soon ni wakaka bkn pasal pe ...Kim Sam Soon nama yg dia x suka..matlamat hidup dia nak tukar nama kpd Kim Hee Jien (kalau x silap)masa aku darjah 1 dulu cikgu aku panggil aku "MO....HD"aku cakap lah nama aku Mohammad..dia kata mana ada..MO..pastu HD ..mana leh sebut mohammad...sejak tu aku mgamuk balik umah nak tukar nama wakakaka...sampai sekarang mie aku duk cite benda ni kat anak2 sedara aku ...malu beb


Attitude Sam Soon ni kadang2 aku x berkenan coz dia ni mcm berfikiran sempit huhu yg pelakon lelaki dalam ni nama sham sik , aku suka cara dress up dia ni..duk angan2 lah nak pakai mcm tu tapi nak pakai mcm tu nampakny aku kene turun 10kg kot wakakaa

Ending dia x syok coz mcm tak ada kesudahkan banyak yg tergantung tapi tu lah realiti hidup kita,dia nak capai 3 impian tapi hanya 1 je tercapai...mmg sakit hati tapi nak wat mcm mana cite mcm ni pun dah 6 dics.


Cantik n sweet gak dia ni bila off set coz masa dalam cite ni dia mmg nampak gemuk dan x pakai make up....kata2 yg dia baca kat bus stand...

Love..like you're never been hurt
Dance..like no one's watching
Love like you're never been hurt
Sing ...like nobody's listening
Work..like you don't need money
Live..like you're on heaven on earth....
(don't fall in love unless you want to be hurt)

Penuh makna yg tersirat tol !!!!!!!!!!!!!!


Ni pelakon pembantu wanita lah kiranya..english dia x mcm korea lain pun...dan dia mgingatkan aku pada..
.
.
.
..
.
.
.
..
.
.



My lovely niece..Nur Ainul Insyirah.


Adios....