Friday, January 7, 2011

Neraka

Assalamualaikum.....


Salam jumaat utk minggu pertama tahun 2011.Ada banyak benda aku nak cite dlm blog aku ni tapi aku amik kesemptan ni wat tazkirah jumaat...mana lah tahu sapa2 yg duk baca blg aku ni tetiba dapat ilmu dan manfaatkan ilmu tu so secara x sengaja dapat gak aku pahala ...tol dok???


Aku copy ni dr member aku nye hard disc ...kita kdg2 perlu di ingatkan walaupun dah berkali2 kita dgr benda yg sama..macm org tua membebel lah..dlm hati akan kata.."benda ni lagi dia duk membebel..tak de benda lain ker???"....tp cuba pk kalau dia tegur sekali pastu kita wat elok ..mana ada dia nak membebel lg coz kita dah tau dan kita wat...maslahnya kita dah tau salah tapi kita tetap nak wat..tu yg org tua membebl benda yg sama..biar terus masuk dlm kepala hotak kita ni ....


Aku plak yg membebel...so bacalah semoga pe yg aku tulis ni akan mgingati anda serta diri aku sendiri....



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang
dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa
aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang
mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,
dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman
daripadanya.


"Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan
hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar
penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau
dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara
langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan
basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan
dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair
sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan
hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar
orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu
sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur
nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu,
tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan
perempuan
."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan
pintu-pinturumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:
"Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang
kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta
keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama
Ladha,pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah."
"Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang
sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan
ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi
s. a.w.di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw
bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat
sedihku,apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?"


Jawabnya:"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi
s. a. w.menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a. w. masuk ke dalam
rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak
berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta
kepada Allah.
(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat
menimbulkan keinsafan kepada kita semua.



Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 :

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah
S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat".

Segala ilustrasi ni aku amik dlm google jd pic2 yg aku attched ni bukan lah dr karya asal...
So,selamat berfikir sejenak krn kita belum tentu akan selamat dari semua azab ni ...amik bait2 lagu raihan "sesungguhnya aku tidak layak ke syurgamu namun tidak pula sanggup ke neraka mu"
Wassalam.....adios

Tuesday, January 4, 2011

Rumah Stroberi

Assalamualaikum.....
Mintak maap bebanyak lah coz n3 kota bandung lom setel2 lagi aku tulis...aku ni bukan blogger tegar sgt so nak wat satu2 cite tu mmg lambat.....
Jalan2 kali ni aku kenalkan Rumah Stroberi aka Kebun Strawberi kut bahasa malaysia kita....aku ni 1st time tgk kebun strawberi so teruja lah nak g tgk mcm mana rupa bagai di kata...b4 pe2 pun aku nak cakap yg aku x pernh jejak kaki ke Cameron Highland so mmg pe yg aku pk mesti lah mcm negara omputeh tu...


Muslimah sungguh pekerja sini, so nak tgk2 ke nak petik2 ke mana leh main redah je...kene lah g kat kaunter dulu..jupe cewek2 yg duk jaga kaunter ni..bukan aku x faham pe yg diorg ckp tp sbb kita ada tour guide so just leave to the expert :)


Aku dah lupa berapa kene bayar nak masuk sini,tapi yg sure dia bagi kita bakul yg comey ni serta gunting kecik...boleh isi dlm 10 biji kot ....bakul ni kita x leh nak simpan ye..kasi balik pas kutip2 buah tu...


Ni lah antara buah2 yg menarik hati aku nak g jenguk..walaupun cerita yg di sampaikan tu mmg umpama langit dgn bumi dgn pe yg aku imagine so next time jgn duk imagine dulu k...


Blog aku so sah2 lah ada muka aku yg poyo ni nak pose...



Antara pekerja2 yg duk layan customers....kalau aku x silap kawasan ni ada 7 tempat yg diaorg tanam strawberi tp aku pilih kawasan yg paling dekat lah coz duk kejar masa nak balik pekan plak.

Satu2 kawasan x lah besar mana pun ...



Kalau rasa kudrat kaki tu x kuat nak berjalan so amik lah kuda padi ni tunggang...aku x tanya plak berapa kos nak naik kuda tp kalu kat bandung aku rasa masih lg bawah paras mampu...



Muka poyo member aku aku pose....abaikan dia..



Muka bangang aku pose....so wat2 lah x nampak k....
tu je lah kot...aku x leh nak tdo sbb bosun n the gang duk chipping atas bilik aku.....
Wassalam...adios

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum.....
Selamat menyambut tahun baru 2011...aku rasa belum terlambat kot hehhee...Kalau dah tahun baru masing2 mesti duk tanya pe azam baru....azam aku mcm yg 2 3 tahun trkebelakang masih lg di antara langit dan bumi hehhee
Aku nak abiskan azam aku yg lepas2 pastu baru akan mulakan azam baru,so sementara nak completekan azam tu aku mmg x buat azam lain....tp kalau ikutkan tahun ni bakal complete lah azam tu....


Tahun baru 2011 aku masih lagi setia dgn company Intra Oil...dalam tahun ni gak aku masih belum ada rancangan nak blah dr company ni tapi utk tahun2 mendatang aku x pasti lah...kalau aku blah pun aku nak cr yg lebih kurang company ni lah sbb aku banyak relax wakakaka
Jgn tgk model aku tu...saje aku letak pic ni sbb diorg ni suka sajakkan pe saje yg aku tulis dlm ni.....kuning tu married man so jgn nk ngorat....yg biru tu ok..

Kapal aku plak sekarang ni duk di Cang Ha Loc,nak kata mcm drydok pun leh nak kata mcm tempat nelayan punggah ikan pun leh...Bg yg x tau Cang Ha Loc ni kat mana...dia ni antara kg yg ada dlm daerah Vung Tau,Vietnam.

Tu je lah kot utk tahun baru...semoga pe jua yg korg dah buat tahun lepas sedikit sebanyak menjadi pengajaran dan sempadan utk tahun baru ni.Harapan aku moga pe jua yg korang impikan utk tahun ni akan menjadi kenyataan....Insyaallah


Wassalam....adios

Friday, December 31, 2010

Keistimewaan Wanita

Assalamualaikum....
Selamat akhir tahun wat kawan2 aku sume hehhee...kalau korang bukan kawan aku pun tp search google jupe blog aku pun aku nak ucapkan selamat akhir tahun gak...Aku ucap selamat tahun baru bila aku wat n3 tahun depan ye :)
Kebetulan akhir tahun pada tahun ni jatuh hari jumaat,penghlu segala hari maka aku x mau lah membuang hari yg mulia ni dgn cerita aku yg ntah pe2 ntah tu...so aku kongsikan bersama sedikit ilmu yg aku ceduk dr hard disc aku...tazkirah jumaat ni aku khaskan utk wanita.sbb apa wanita????ntahlah sbb artickle ni syok so aku kongsi lah....
Segala yg di tulis ini aku x edit sikit pun so andai kata salah maka aku mintak maaf bebayk dulu bg pihak penulis yg original.....selamat membaca



Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi
seorang
yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat
untuk menopang dunia;
namun,
harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk
mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali datang dari
anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya
tetap tegar ketika orang-
orang
lain menyerah, dan mengasuh keluarganya
dengan penderitaan dan
kelelahan
tanpa mengeluh."


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap
keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat
menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya
dan
melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk
melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk
mengetahui bahwa seorang suami
yang baik
takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya
dan
ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu."


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah
khusus
miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari
pakaian yang dikenakannya,
susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan
seorang
wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah
pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada."




sabda rasulullah SAW
"manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam
bukan daripada kepala untuk menjadikan atasnya,
bukan daripada kaki untuk menjadi alasnya,
melainkan daripada sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat dengan lengan untuk dilindungi,
dekat dengan hati untuk dicintai."
Hargailah setiap wanita di sisi anda krn belm tentu wanita yg anda cari akan di temui dan teramat malang jika yg anda lepas adalah yg terbaik buat anda.
Wassalam...adios

Thursday, December 30, 2010

Sekayu

Assalamualaikum.....


Cite ni dah lama dah tapi aku baru ada peluang nak post hehhee...duk godek2 aku nye pic terjumpa lah file ni so aku pun post lah sbb dah lama aku x wat n3 jalan2 nie...kali ni aku jalan2 dalam terengganu je.




Sekayu....dalam daerah kuala berang...sejam gak lah dr umah aku.Aku g ni pun sbb meraikan member aku yg duk jalan2 ke terengganu.....dia datang masa kenduri sepupu aku jd aku x dapat nak intertain lah but the next day aku bawak dia datang sini yg mana aku dah bertahun2 x jejak kaki sbb x masa nak datang sejauh nie :)



Sini bayar masuk parking je rm1 pastu bila dah sampai kat gate just tulis nama je lah mana tau kot2 lah kene sorok dgn bunian ke hehhee...ni lah member aku tu.aku rasa dia ok kot aku promote muka dia :)



Kalau jalan2 kat ganu,banyak lah terjumpa signboard mcm ni tapi maksiat tetap ada di mana2 pun ...walaupun di sekitar masjid terapung tue...


Lain sgt permandangan dulu dan sekarang ....dulu air banyak x lah nampak batu2 yg banyak ni...aku dulu zaman2 sekolah selalu lah datang sini sbb pe2 xtvt sekolah mesti lah sekayu tempatnya....Perkhemahan PBSM 2x kot sini pastu yg aku x leh lupa utk Kem Motivasi Pelajar2 Termiskin Terengganu...dan aku adalah satu2nya calon lelaki kat sekolah aku masa form 5 ...



Tapi kualiti airnya bg aku masih lagi terjamin...bersih dan jernih...


Terasa nak mandi air terjun terus aje nie heheee



Kawasan ni bahaya sikit sbb ramai yg jd korban terutama musim sekarang ni,air bah akan datang bila2 masa je...so bg yg g dgn famili tu kene beringat lah sikit...hepi tu boleh tp awasi lah segala pergerakan anak2 anda...


Aku gerak pg so syok lah mandi...ramai gak lah org yg dtg sini....


Sejoli pun tetap ada :)

Yg duk bbq pun ada....so kalau nak wat bbq sini mmg bnyak tempat...nak ke kedai jauh...b4 datang sini make sure bawak lah mcm2 makanan....surau jauh so bwk lah kain pelikat sama...


Ok dah puas mandi..jom kita balik coz kita g jalan2 tempat lain plok
Wassalam...adios