Titian Perjalanan hidup aku sepanjang beberapa tahun ini aku lakarkan dlm blog ini...sedekit memori aku selitkan agar terus menjdi nostalgia di masa akan dtg...
Actually hehehe aku dah lama balik,tapi since aku balik ,banyak sgt keje yg nak kene wat n ramai yg duk wat appointment dgn aku so aku x sempat nak post blog ni....
Insyaalllah aku akan wat nnt psal aku g konvo adik aku kat melaka,aku masak spegetti n mcm2 lagi lah ye...
msalah sekarang umah aku x internet so kene sambg dulu baru leh aktif , lagi 1 hal aku nye broadband tertinggal kat umah KL mcm mana tu???
Umah aku kat kg plak sekarang duk renovate so dah jd tongkang pecah huhu...pe2 hal aku updated kan ye...
So sori lah kalau ada yg tunggu blog aku,pada yanie , mek n nenekpenne kita jupe pas raya lah ye...
Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak ...semoga segala amalan kita akan terus mendapat barakah di sisinya..Aminnnnnnnn
Sori lah aku menyepi diri 3 4 hari ni coz pengganti aku ada naik kapal so masa utk handing over keje berjalan dgn lancarnya...so pas semua ok leh lah aku balik berehat secukupnya dan leh lah aku meranjau di segenap pelusok desa nan permai kat kampung aku wakaka
Dan khabar berita gumbira itu aku dapt semlm...aku dapat dah tiket flight S'pore - KL - KT huhu mata aku dah terbayang dah aku duk dlm flight sambil dgr mp3 aku yg uzur tu pas tu snap2 pic pramugari yg sexy tapi kertu wakaka...bkn air asia ok tapi Singapore Airlines pastu Malaysia Airlines.
Klau ikut perancangan aku n Ch. Off akan sign off sekali tapi di saat2 akhir bos aku yg P tu x bg Ch Off balik ...katanya esok kapal nak undocking ...siap col bos aku kat KL tu x bg balik...aku cakap dlm hati lah jgn aku pun tersangkut sekali dah lah..tup2 aku pun terkene badi ...bos aku col cakap aku x leh balik gak...masa tu hangin lah aku 1 badan...rezeki dah ada depan mata cuma x masuk dalam mulut je ..."org2 tua ckp mcm tu lah"
Maka punahlah harapan nak balik...bkn sekali jd mcm ni last yr pun sama gak...aku dah x nak keje dah.nak duk relax2 makan2 pastu layan jiwa kacau.
So demam Harry Potter dah melanda,cuma aku je yg updated benda ni lambat.bkn x nak updated benda ni cuma kene cari bahan lah nak wat preview filem..mana tau nnt aku leh jd pengkritik filem wakakaka
3 nama penting yg menjadi watak utama dalam filem Harry Potter...membesar dalam cite ni dan membuatkan mereka antara jutawan muda di europe dan mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia huhuhu bg aku lah masing2 ada kelebihan dalam watak yg di pegang dan aku tabik lah pada penulis dan pengarah filem ni coz berjaya kembgkan watak mereka dgn baik.
Kalau korang yg suka pada realiti sesebuah filem maka ni bkn filem utk korang lah coz mmg cite ni cite khayalan....tapi nak wat sesebuah filem khayalan bkn mudah coz pertama mesti pikir pasal budget yg jutaan (RM or USD),kalau takat budget ciput tapi ada hati nk wat filem yg out of box ,i'm sure that movie will be 1 of the rubbish movie..
Pastu nak amik pelakon plak huhu kat malaysia ni berapa kerat sgt lah yg leh di gelar pelakon yg berbakat...yg berlakon nak tayang body tu ramai.sedar x sedar kita leh bilang sapa yg kerap muncul dalam filem di malaysia...
Nanti org marah aku plak duk kutuk filem malaysia tapi filem melayu yg aku g beratur kat panggung 1 je...Laila Isabella coz aku minat Nasha Aziz hehe pgarah plak masa tu Rashid Sibir ..tu adalah filem arahan pertama dia coz selama ni dia wat drama je...
ayyooooo aku dah melalut maaaa...ok2 proceed with Harry Potter
Harry Potter and the Sorcerer's Stone kalu korang lom tgk baik tgk dulu coz korang akan faham part2 yg akan datang...mmg banyak magic huhu
Harry Potter and the Chamber Of Secrets...masa ni diaorg ni makin cute wakaka
Harry Potter and The Prisonneer Of Azkaban masa ni mereka dah remaja so cite pun dah berubah sikit2 nk ikut diaorg punya umur...
Harry Potter and The Goblet Of Fire....yg ni x tgk mmg rugi lah,nak cite lebih2 diaorg x bayar pun aku wat review wakaka
Harry Potter and The Order Of The Phoenix ...mmg besttttt
Harry Potter and The Half - Blood Prince... yg latest ni aku sebagai peminat setia rasa mcm x syok plak coz banyak adegan cinta cintun huhu 1 hal lg dah lah x subtitile malay or english yg ada cina je ..mmg lah aku lost kadang2 tu
Takat ni je lah,next time aku wat cite lain k...kalau aku tulis panjg2 pun bkn korang rajin nak baca wakaka
ok lah aku rasa nak senangkan hati aku tapi mcm x aci plak aku je senang hati so aku sharinglah klip2 ni dgn korang ye...kalau nak lagi crlah kat youtube tu berlambak2..
Aku x tahan tgk mamat ni wakaka sempoiiii sgt mcm nak g karoks kat warung je gayanya
mamat ni wat aku confius...lagu omputeh ke lagu jawa
Ni plak lagi lawak ..muka penuh confident ..nk cr yg full tgk je dlm youtube k...
sekadar utk hiburan sebelum korang balik weekend...aku???setiaku di sini lah jawabnya
Jumaat datang lagi...so tazkirah datang lagi lah ..kali ni aku amik teks ucapan dr pensyarah dr UITM melaka...sapa nama dia aku x tau..tapi yg penting isi yg dia nak sampaikan dalam ucapan tu.
1st time aku baca ni aku rasa jauuuuuhhh sgt dr pe yg patut ada pada seorg lelaki bernama suami.So kepada wanita2 yg sudi baca ni,amik lah sedikit sebanyak ilmu dr ucapan ni coz insyaallah,kalau di izinkan Allah Taala bahagia dunia dan akhirat...
Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan
tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu
Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak
kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih
pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg
boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang......
1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg
kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina
Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia
pemuda paling miskin.
2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan
tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga
tua ketara.
3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan
maruahnya sebagai seorang Islam.
4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula
salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap
nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
6-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak
amalkan cara hidup bebas.
7-Rakan pergaulannya.
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya
8-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang
lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang
sesuai buat kamu
9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan
dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat
sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab
10-Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya
tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya..."