Friday, July 10, 2009

Tazkirah Jumaat - Wanita


Assalamualaikum...

Jumaat datang lagi huhu kejap je kan??kadang2 kita rasa mcm masa berjalan laju sgt...dalam kita duk kejar kesenangan dunia kesejahteraan kat akhirat pun kene pk gak...aku dah lupa ayat ni aku dgr kat mana tapi bunyinya mcm ni...Kalau kita mgejar dunia,dunia akan lari tapi jika kejar akhirat dunia akan kejar kita...betolkan aku kalu silap ye hehehe

So n3 kali ni khas utk wanita ye...bkn nak mgutuk ke pe just 4 our info gak..kita ni bkn ada masa nak g jenguk madrasah ke surau ke ..bkn kata kat sapa2 pun melainkan mgalir balik kat diri aku ni....


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susunya.



6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.


11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

So,kepada wanita2 kat luar sana yg sudi baca ni walaupun aku copy n paste je hehehe..(kene akui bai x leh lah nk cakap hasil keje kita kalau sah2 lah bkn kita yg wat) mmg kita x mampu nak jd yg terbaik tapi x salah kita mencuba.

"Tangan yg menghayun buaian,boleh menggoncang dunia"

Adios.........

16 comments:

Rona Realiti said...

bagus la entry ni abg yo..
nk kena cari calon bini dah ni...

[yAN!e][pUTraJAya] said...

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.<---- tgh tunggu masa nyer bila la nak berlaku nyer perkara ni dalam hidup yanie


hehehehe....salam jumaat khay.....

no maxis n digi tak dapat line eh..? try call bnyk kali tak dapat...

khairul said...

salam rona...
Dah cari dah tapi x jupe2 pun ni hehehe

khairul said...

W'salam yanie..
sy x pakai pun digi..yg sy col tu no singapore...
maxis kat ni cap ayam lah huhu

[yAN!e][pUTraJAya] said...

patut la call tak dapat
hehehe....
dah skodeng blog yanie...
ni part jalan2 kat jonker walk n makan2 kat anjung batu

hehehe

SiMpleSmArtErMe said...

Indahnya Menjadi seorang Wanita
:)

Tapi pada diri seorang wanita terdapat banyak fitnah. Kerana seorang wanita juga..seorang lelaki yang alim akn mudah terpedaya.

Nauzubillah..

Silalah ke umah no 2 kiter : http://kiam165.wordpress.com/

khairul said...

sesuai lah duk panggil geng gebu hehe mkn aje kan??tp tu xtvt paling syok kalau jalan2 ni ....

khairul said...

Needa..
next week kalau ad masa lagi sy wat pasal lelaki plak hehe

NenekPenne said...

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.<<<<< hak ni bagus laaa

but what happen to jantan yang keluar kata pi kerja tapi dok berpeleser dgn betina lain? what happen to him arrr?

khairul said...

salam Nek...
huhu sy pun x reti mana bab2 ni nek hehehe...cuba tanya ustazah NeEda ????:)

SiMpleSmArtErMe said...

Wah..wah..wahhh...
Ada gelaran baru lagi.. Ustazah la pulak.. Amin ya Rabb tp sungguh jauhhh malah TAK LAYAK & TIDAK MAMPU menjadi ustazah.

Jadi Lecturer IT boleh ahh.. :)

Biarla needa jadi ustazah utk diri sendiri dulu..

Nek - Let him face with the Creator and he will be question ats apa yg dia dah buat. Kalau betul la kan..dia bukanlah suami yg bertanggungjawab and the men who can lead his wife to heaven. I told u Quality lelaki zaman sekarang dah cap AYAM !!

Jgn marah Khai.. :)

Hopefully u r not a part of them.

Entry pasal lelaki plak..Humm..patut buat entry macam mana Rasulullah melayan ister2nya.. CLASS BEB!!.. Lelaki sekarang jgn harap nak layan bini dia mcm tuh..lagi soh jadi kuli ada la..

HAHAH..

p/s Khai sekolah agama..needa x pernah masuk SMA pon..patut Khai la digelar Ustaz.. Ust Kerol.. :)
Mesti zaman2 sekolah pangil Ana / Anta.. kan..kan...

Aiyoo..panjangnya komen buat cam blog sendiri plak.. :P

Rona Realiti said...

meh org nk tolong jawab...

maka lelaki itu akan menjadi rebutan gadis di luar sana dan mendapat gelaran palyboy ataupun buaya darat...

abg yo sila komen...

khairul said...

Needa...
Nama je sek agama tapi hampeh gak...malu sendiri je kalau mgaku sek agama wakaka..

khairul said...

Rona...
nak kene backing lelaki gak sikit ni hehehe...mcm org tua cakap lah bertepuk sebelah tgn x bunyi so kalau lelaki je yg beria2 tp wanita x nak x jd gak...
sy lupa dgr kat mana tp mcm ni...jatuh bgunnya sesebuah kerajaan krn ada wanita di sebalik gagahnya lelaki...Rasul kita bangkit krn adanya Khadijah..Hitler jatuh kern....lupa sudah nama ppuan tu wakaka tp tu r hebatnya penampar wanita...

SiMpleSmArtErMe said...

tp tu r hebatnya penampar wanita...

---> welll.. :P
saper nak kena penampar kiter...WAKAKAKA...

khairul said...

Needa kalau tampar mesti tersembur sume gigi hehehe...kalu needa di tampar????hilang lah gebu pipi tu wakakaka